KIT PERISAI ANGIN FLRT
J060232023-01-10
MAKLUMAT UMUM
Jadual 1. Maklumat Am
Kit
Alat yang Dicadangkan
Tahap Kemahiran(1)
57400273, 57400274, 57400630, 57400631
Kaca Mata Keselamatan
(1) Memerlukan alat dan teknik yang mudah sahaja
KANDUNGAN KIT
Rajah 1. Kandungan Kit: Perisai angin (Biasa)
Jadual 2. Kandungan Kit: Kit Perisai Angin
Sahkan semua kandungan terdapat dalam kit sebelum memasang atau menanggalkan item daripada kenderaan.
Item
Kuantiti
Penerangan
No. Bahagian
Nota
1
1
Perisai angin, 16 inci
57400277
Perisai angin, 20 inci
57400278
2
1
Pendakap menegak luar, kanan, keluli tahan karat
58406-75A
Pendakap menegak luar, kanan, hitam
kit servis 57400655
3
1
Pendakap menegak luar, kiri, keluli tahan karat
58408-75A
Pendakap menegak luar, kiri, hitam
kit servis 57400655
4
2
Pita, pendakap menegak luar, keluli tahan karat
58417-77
Pita, pendakap menegak luar, hitam
kit servis 57400655
5
1
Pendakap melintang luar, keluli tahan karat
58428-94
Pendakap melintang luar, hitam
kit servis 57400655
6
2
Pita, pendakap melintang, keluli tahan karat
58416-77A
Pita, pendakap melintang, hitam
kit servis 57400655
7
1
Pendakap melintang dalam, keluli tahan karat
58431-94
Pendakap melintang dalam, hitam
kit servis 57400655
8
1
Pendakap lekapan, kanan, keluli tahan karat
57400275
Pendakap lekapan, kanan, hitam
kit servis 57400655
9
1
Pendakap lekapan, kiri, keluli tahan karat
57400276
Pendakap lekapan, kanan, hitam
kit servis 57400655
10
6
Sesendal, lekapan perisai angin
58416-776
11
2
Skru, pelimbang, TORX
2452
12
7
Skru, pelimbang, TORX
2921A
13
9
Nat akorn
7651
UMUM
CATATAN
Lembaran arahan ini mungkin termasuk Video Tambahan untuk menerangkan pemasangan bahagian tertentu. Pautan video akan diletakkan pada penghujung lembaran arahan ini.
Model
Bagi maklumat perlengkapan model, lihat Bahagian dan Aksesori (P&A) Katalog Runcit atau Bahagian dan Aksesori di seksyen www.harley-davidson.com .
Sahkan penggunaan lembaran arahan versi yang terkini. Ia boleh didapati di: h-d.com/isheets
Hubungi Pusat Sokongan Pelanggan Harley-Davidson di 1-800-258-2464 (A.S. sahaja) atau 1-414-343-4056.
Keperluan bagi Pemasangan
AMARAN
Keselamatan penunggang dan pembonceng bergantung pada pemasangan kit yang betul. Jika anda tidak berkeupayaan atau tidak memiliki alat yang betul untuk melakukan prosedur ini, minta pengedar Harley-Davidson memasangkannya. Pemasangan kit ini yang tidak betul boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00308b)
PEMASANGAN
AMARAN
Pemasangan aksesori atau muatan yang tidak betul boleh menjejaskan kestabilan dan pengendalian motosikal, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00455b)
AMARAN
Tidak menyediakan ruang lega yang mencukupi antara bahagian pegun dan bergerak boleh menyebabkan kehilangan kawalan, dan boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00378a)
CATATAN
Periksa perisai angin setelah pemasangan selesai. Sahkan lekapan perisai angin tidak menyekat gerakan pemasangan cabang depan ke kiri atau ke kanan. Jika terdapat halangan, laraskan perisai angin sewajarnya sehingga mendapat kelegaan yang betul. Minta kakitangan servis Harley-Davidson membetulkan apa-apa masalah sebelum menunggang dengan aksesori yang dipasang.
CATATAN
Periksa perkakasan lekapan secara berkala. Jangan sekali-kali menunggang dengan pelekap yang longgar. Lekapan yang longgar boleh memberatkan semua pelekap lain, serta perisai angin itu sendiri. Ini boleh menyebabkan kegagalan komponen lebih awal.
1. Turunkan perisai angin masuk ke dalam posisinya.
2. Masukkan braket tepi dengan cermat pada gromet bawah.
3. Sahkan takuk pada setiap braket terletak dengan kukuh pada gromet getah.
4. Tolak bahagian atas perisai angin perlahan-lahan ke belakang sehingga takuk atas terpasang sepenuhnya pada gromet atas.
PENYELENGGARAAN
Penjagaan dan Pembersihan
CATATAN
NOTIS
Hnaya gunakan produk Harley-Davidson yang disyorkan pada perisai angin Harley-Davidson. Jangan gunakan bahan kimia atau produk pelindung hujan yang boleh menyebabkan kerosakan seperti kekusaman dan kepudaran pada permukaan perisai angin. (00231c)
NOTIS
Perisai angin/pemesong angin polikarbonat memerlukan perhatian dan penjagaan yang betul untuk mengekalkannya. Kegagalan untuk mengekalkan polikarbonat dengan betul boleh merosakkan perisai angin/pemesong angin. (00483e)
  • Jangan gunakan benzena, pencair cat, gasolin atau apa-apa jenis pembersih keras lain pada cermin depan/perisai angin. Berbuat demikian akan merosakkan permukaan.
  • Jangan bersihkan pada semasa suhu matahari panas atau suhu tinggi.
  • Pembersih serbuk, kasar atau yang beralkali boleh merosakkan perisai angin. Jangan mengikis perisai angin dengan pisau cukur atau alat tajam yang lain. Ini boleh menyebabkan kerosakan kekal.
  • Cahaya matahari yang memantul dari dalam lengkungan perisai angin boleh menyebabkan alat motosikal menjadi amat panas. Berhati-hati semasa meletakkan motosikal. Letakkan motosikal menghadap matahari, letakkan objek legap ke atas instrumen, atau laraskan perisai angin untuk mengelakkan pantulan.
CATATAN
Tutup perisai angin dengan kain bersih dan lembap selama kira-kira 15 minit sebelum mencuci akan memudahkan pembuangan pepijat kering.
Rawatan Pencegah Air Perisai Angin Harley-Davidson (Nombor Bahagian 99841-01) diluluskan untuk kegunaan pada perisai angin polikarbonat Harley-Davidson.