PEMASANGAN PENGATUR
J004652018-10-22
UMUM
Nombor Kit
74519-88B (hitam) dan 74537-93A (krom)
Model
Kit ini sesuai bagi semua kenderaan 1340cc 1989 dan kemudian atau kenderaan yang dilengkapi pengulang-alik ouput tinggi (29985-87). Ia tidak sesuai bagi FLHR/I, FLHTCU/I, FLHTC/I 1996, dan Kembara 1997-1998.
Bahagian Tambahan Diperlukan
AMARAN
Keselamatan penunggang dan pembonceng bergantung pada pemasangan kit yang betul. Gunakan prosedur manual servis yang sesuai. Jika anda tidak berkeupayaan atau tidak memiliki alat yang betul untuk melakukan prosedur ini, minta pengedar Harley-Davidson memasangkannya. Pemasangan kit ini yang tidak betul boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00333b)
CATATAN
Lembaran arahan ini merujuk kepada maklumat dalam Manual Servis. Manual Servis bagi model motosikal anda diperlukan untuk pemasangan ini, dan ia boleh didapati daripada pengedar Harley-Davidson.
Kandungan Kit
Jadual 1. Kandungan Kit
Huraian (Kuantiti)
Nombor Alat Ganti
Pengatur
Tidak Dijual Berasingan
Terminal gegelang
9866
Strap kabel (6) (74537-93A sahaja)
10006
PEMASANGAN
AMARAN
Untuk mengelakkan pemulaan kenderaan tidak sengaja yang boleh membawa maut atau kecederaan serius, putuskan kabel bagi bateri negatif (-) sebelum meneruskan. (00307a)
1. Rujuk kepada Manual Servis yang berkenaan bagi arahan untuk menanggalkan pengatur.
2. Jika dedawai output pengatur disambungkan ke terminal "AUX" (berwarna perak), ukur panjang dedawai output pengatur dan potong dedawai output pada pengatur gantian kepada ukuran panjang yang sama.
3. Jika dedawai output pengatur tidak disambungkan ke terminal "AUX" (berwarna perak), halakan dedawai output pengatur ke terminal "AUX", dan potong dedawai output kepada ukuran panjang yang betul untuk disambungkan ke terminal "AUX".
4. Putuskan dedawai output pada pengatur gantian dengan terminal gegelang daripada kit.
5. Pasangkan pengatur gantian menurut prosedur dalam Manual Servis yang berkenaan. Sambungkan terminal gegelang ke terminal pemutus litar "AUX" (berwarna perak).
6. Gunakan Ohmmeter untuk mengesahkan pembumian pengatur ke chasis kenderaan.
CATATAN
Dedawai output pengatur mesti disambungkan ke terminal berwarna perak "AUX", pada pemutus litar Utama (30 amp). Pengatur asal mungkin telah disambungkan ke terminal berwarna tembaga "BAT"; untuk mengelak daripada dedawai bateri songsang, pengatur ini mesti disambungkan ke terminal "AUX".
CATATAN
Sesetengah pengatur mungkin dilengkapi wayar bumi pada bahagian bawah bekas pengatur. Jika rerdapat wayar bumi, tanggalkannya dan pasangkannya pada pengatur baharu.
7. Mulakan motosikal menggunakan Voltmeter pada bateri, kemudian pastikan voltan pengecasan menepati spesifikasi dalam Manual Servis yang bersesuaian.