KIT SALURAN KLAC HIDRAULIK
J063172019-08-21
UMUM
Nombor Kit
Jadual 1. Kit Saluran Klac Hidraulik - Sudut Banjo 0° - Lurus
Diamond-Hitam
Kit
Diamondback
Kit
Panjang
37200294
37200251
67.0 inci (170 cm)
37200287
37200245
68.5 inci (174 cm)
37200289
37200246
70.5 inci (179 cm)
37200290
37200247
72.5 inci (184 cm)
37200291
37200248
74.5 inci (189 cm)
37200288
37200249
76.5 inci (194 cm)
37200293
37200250
78.5 inci (199 cm)
Jadual 2. Kit Saluran Klac Hidraulik - Sudut Banjo 35°
Diamond-Hitam
Kit
Diamondback
Kit
Panjang
37200284
37200256
140 cm (55.0 in)
37200285
37200259
146 cm (57.5 in)
37200281
37200253
152 cm (60.0 in)
---
37200426
161 cm (63.5 in)
37200280
37200255
168 cm (66.0 in)
37200283
37200258
171 cm (67.5 in)
37200286
37200257
179 cm (70.5 in)
37200279
37200252
183 cm (72.0 in)
37200282
37200254
188 cm (74.0 in)
Jadual 3. Kit Saluran Klac Hidraulik - Sudut Banjo 90°
Diamond-Hitam
Kit
Diamondback
Kit
Panjang
37200292
37200260
184 cm (72.5 in)
Model
Untuk maklumat perlengkapan model, lihat katalog runcit P&A atau seksyen Bahagian dan Aksesori di www.harley-davidson.com (Bahasa Inggeris sahaja).
Keperluan bagi Pemasangan
Empat atau lima strap kabel, kira-kira 15 inci (38 cm) panjang (No. Bahagian 10039) diperlukan untu memasang kit ini dengan betul.
Bendalir brek DOT 4 (No. Bahagian 99953-99A) diperlukan untuk pemasangan kit ini.
AMARAN
Keselamatan penunggang dan pembonceng bergantung pada pemasangan kit yang betul. Gunakan prosedur manual servis yang sesuai. Jika anda tidak berkeupayaan atau tidak memiliki alat yang betul untuk melakukan prosedur ini, minta pengedar Harley-Davidson memasangkannya. Pemasangan kit ini yang tidak betul boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00333b)
CATATAN
Lembaran arahan ini merujuk kepada maklumat dalam manual servis. Manual servis bagi motosikal tahun/model ini diperlukan untuk pemasangan ini. Ia boleh didapati daripada pengedar Harley-Davidson.
Kandungan Kit
Lihat Rajah 9 dan Jadual 4 bagi kandungan kit.
PENYEDIAAN
CATATAN
Bagi kenderaan yang dilengkapi siren keselamatan:
  • Pastikan Fob bebas tangan ada bersama.
  • Dengan kehadiran fob keselamatan, tetapkan suis nyalaan kepada HIDUP.
Bagi SEMUA kenderaan dengan fius utama:
AMARAN
Untuk mengelakkan pemulaan kenderaan tidak sengaja yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan serius, tanggalkan fius utama sebelum meneruskan. (00251b)
1. Lihat manual servis. Tanggalkan fius utama.
CATATAN
Jika bendalir brek DOT 4 bersentuhan dengan permukaan bercat, SEGERA bilas dengan air bersih.
Tutup permukaan motosikal yang berdekatan dengan Penutup Servis H-D atau helaian pelindung polietilena untuk melindungi kemasan daripada kerosakan yang disebabkan tumpahan atau percikan bendalir brek DOT 4.
AMARAN
Bersentuhan dengan bendalir brek DOT 4 boleh menjejaskan kesihatan dengan serius. Tidak memakai pelindung kulit dan mata yang sesuai boleh membawa maut atau kecederaan serius.
  • Jika tersedut: Sentiasa tenang, alihkan ke kawasan berudara segar, dapatkan rawatan perubatan.
  • Jika terkena kulit: Tanggalkan pakaian yang tercemar. Basuh kulit dengan serta-merta menggunakan air yang banyak selama 15-20 minit. Jika terdapat kerengsaan, dapatkan rawatan perubatan.
  • Jika terkena pada mata: Basuh mata yang terjejas sekurang-kurangnya 15 minit di bawah air mengalir dengan mata dibuka penuh. Jika terdapat kerengsaan, dapatkan rawatan perubatan.
  • Jika tertelan: Basuh mulut dan kemudian minum banyak air. Jangan muntah secara paksa. Hubungi Kawalan Racun. Rawatan perubatan segera diperlukan.
  • Untuk butiran lanjut, lihat Lembaran Data Keselamatan (SDS) yang tersedia di sds.harley-davidson.com
(00240e)
NOTIS
Bendalir brek DOT 4 akan merosakkan permukaan panel badan bercat yang bersentuhan dengannya. Sentiasa berhati-hati dan lindungi permukaan daripada tumpahan apabila melakukan kerja-kerja brek. Tidak mematuhinya boleh menyebabkan kerosakan kosmetik. (00239c)
2. Lihat manual servis. Menyalirkan bendalir daripada takungan dan saluran klac.
PENANGGALAN
AMARAN
Pastikan tiada bendalir klac yang terkena pada tayar, roda atau brek apabila menambah bendalir. Tarikan boleh terjejas teruk, dan mengakibatkan kehilangan kawalan yang boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00294a)
1. Model reraut: Lihat manual servis. Tanggalkan reraut luar. Tanggalkan tukup reraut.
2. SEMUA Model: Catatkan penghalaan saluran bendalir klac. Catatkan lokasi bagi semua strap kabel.
3. Model FLRT: Lihat Rajah 6 . Tanggalkan strap kabel yang memegang saluran bendalir klac pada braket kekupu kerangka. Model Softail: Lihat Rajah 8 . Tanggalkan strap kabel yang memegang saluran bendalir klac pada braket tiub kerangka.
4. Model reraut: Lihat Rajah 1 . Tanggalkan strap kabel yang memegang saluran bendalir klac pada saluran brek dan pengapit hendal.
NOTIS
Jangan biarkan kotoran atau sampah memasuki takungan silinder induk. Kotoran atau sampah dalam takungan boleh mengganggu operasi dan merosakkan peralatan. (00205c)
5. SEMUA model: Lihat manual servis dan Rajah 3 . Tanggalkan penutup tepi transmisi (7).
6. Lihat manual servis. Salirkan saluran bendalir klac (4). Putuskan saluran bendalir klac daripada penggerak klac sekunder (6).
7. Putuskan saluran bendalir klac daripada takungan silinder induk klac (2). Simpan bolt banjo (10). Buang sesendal pengedap (11).
8. Model reraut: Tarik hujung takungan saluran bendalir klac keluar melalui reraut dalam.
9. SEMUA model: Tanggalkan pengapit yang memegang saluran bendalir klac pada motosikal. Simpan pengapit dan perkakasan.
10. Lihat Rajah 2 . Perhatikan lokasi strap kabel. Tanggalkan strap kabel yang memegang saluran bendalir klac pada saluran brek belakang. Tanggalkan strap kabel daripada tiub kerangka.
11. Tanggalkan saluran bendalir klac.
1Saluran klac ke saluran brek
2Saluran klac dan saluran brek ke penaik kanan
3Saluran klac ke penaik kiri
Rajah 1. Saluran Bendalir Klac dan Brek, Model Reraut (Reraut Ditanggalkan untuk Kejelasan)
1Pasangkan saluran klac ke saluran brek sahaja
2Pasangkan hanya saluran klac dan abah-abah pada kerangka
Rajah 2. Lokasi Strap Kabel Saluran Bendalir Klac
1Penutup
2Silinder induk klac
3Tuil tangan klac
4Saluran bendalir klac
5Kelengkapan kembang saluran klac
6Penggerak klac sekunder
7Penutup tepi transmisi luar
8Injap penjujuh
9Penutup penjujuh
10Bolt banjo
11Sesendal pengedap (2)
12Gromet saluran klac
Rajah 3. Sambungan Saluran Bendalir Klac
PEMASANGAN
1. Jika memasang hendal baharu, pasangkan sehingga silinder induk klac dilekapkan.
2. Model reraut: Lihat Rajah 1 . Halakan saluran bendalir klac melalui reraut dalam ke silinder induk, mengikut laluan asal. Ketatkan saluran secara longgar, pada setiap penaik hendal dan saluran brek dengan tiga strap kabel baharu (dibeli berasingan).
3. SEMUA model: Ketatkan saluran secara longgar, pada silinder induk klac menggunakan bolt banjo dan sesendal pengedap baharu.
4. Lihat Rajah 4 sehingga Rajah 8 . Halakan saluran bendalir klac:
a. dari sebelah bawah pengapit tigaan bawah,
b. ke bawah sebelah kanan atau di depan tiub kerangka,
c. di sebalik silinder induk brek belakang,
d. di bawah lekapan enjin depan,
e. sepanjang kerangka bawah sebelah kanan,
f. kepada penggerak klac sekunder.
5. Lihat Rajah 3 . Pasangkan kelengkapan kembang (5) pada penggerak klac sekunder (6) secara longgar.
6. Lihat Rajah 2 . Ketatkan saluran bendalir klac menggunakan strap kabel baharu. Pastikan saluran tidak bersentuhan dengan sistem ekzos atau apa-apa item lain yang boleh membawa kerosakan.
7. Model reraut: Ketatkan saluran ke dalam slot bawah saluran brek dan klip klac pada sebelah kanan kepala stereng.
8. Pasangkan pengapit.
a. Model reraut: Lihat Rajah 4 . Ketatkan saluran pada tiub bawah dengan dua pengapit yang ditanggalkan lebih awal.
b. Model FLRT: Lihat Rajah 5 . Pasangkan pengapit P yang ditanggalkan lebih awal dari lokasi nasel dan kerangka. Ketatkan skru pengapit P.
Tork: 4,5–5,4 N·m (40–48 in-lbs) Skru kepala soket heks
c. Model Softail: Lihat Rajah 7 . Pasangkan pengapit P yang ditanggalkan lebih awal dari lokasi nasel dan kerangka. Ketatkan skru pengapit P.
Tork: 4,5–5,4 N·m (40–48 in-lbs) Skru kepala soket heks
9. Model reraut: Lihat Rajah 1 . Ketatkan saluran bendalir klac pada pengapit hendal dan saluran brek menggunakan tiga strap kabel baharu. Model FLRT: Lihat Rajah 6 . Pasangkan strap kabel di sekitar tiub kerangka dan saluran klac melalui slot kecil di braket kekupu. Model Softail: Lihat Rajah 8 . Laraskan penghalaan di depan ABS (jika perlu) dan ke bawah, ke tiub kerangka sebelah kanan. Ketatkan menurut langkah semasa penanggalan.
10. SEMUA model: Dengan hendal dan kawalan tangan dalam posisi akhir, jajarkan saluran bendalir klac agar pemasangan banjo tidak bersandar pada hendal dan penghalaan saluran bendalir klac adalah lancar. Ketatkan bolt banjo.
Tork: 16,9–19,7 N·m (12,5–14,5 ft-lbs) Bolt Banjo
11. Lihat Rajah 3 . Pasangkan gromet penutup tepi transmisi (12) pada saluran bendalir klac. Posisikan seperti yang ditunjukkan. Masukkan hujung nat kembang saluran bendalir klac (5) dan gromet ke dalam takuk penutup tepi transmisi. Ketatkan nat kembang.
Tork: 10,3–12,5 N·m (91–111 in-lbs) nat kembang
12. Lihat manual servis. Mengisi dan menjujuhkan sistem bendalir klac.
13. Lakukan pelarasan akhir bagi saluran bendalir klac hidraulik. Ketatkan semua strap kabel dan halakannya agar tidak bersentuhan dengan permukaan ekzos dan enjin, serta elakkan kedudukan yang tersepit atau yang boleh membawa kerosakan.
14. Model reraut: Lihat manual servis. Pasangkan tukup reraut.
15. Lihat manual servis. Pasangkan reraut luar.
16. SEMUA model: Pasangkan penutup tepi transmisi sebelah luar. Ketatkan.
Tork: 11,2–13,6 N·m (8,3–10 ft-lbs) skru penutup tepi transmisi
Rajah 4. Lokasi Pengapit pada Tiub Bawah Kerangka, Model Reraut
1Saluran klac
2Pengapit-P pada nasel
3Pengapit-P pada kerangka
4Pemasangan banjo pada hujung silinder induk klac
Rajah 5. Penghalaan Atas Saluran Bendalir Klac (Model FLRT)
1Saluran klac
2Pengapit-P pada kerangka
3Strap kabel pada braket kekupu kerangka
4Braket kekupu kerangka
Rajah 6. Penghalaan Bawah Saluran Bendalir Klac (Model FLRT)
1Saluran klac
2Pengapit-P pada nasel
3Pengapit-P pada kerangka
Rajah 7. Penghalaan Atas Saluran Bendalir Klac (Model Softail)
1Saluran klac
2Pengapit-P pada kerangka
3Lokasi bawah, kerangka depan kanan
Rajah 8. Penghalaan Bawah Saluran Bendalir Klac (Model Softail)
SIAP
CATATAN
Pastikan suis nyalaan berada di posisi MATI sebelum memasang fius utama.
1. Pastikan suis nyalaan diputarkan ke posisi MATI.
2. Lihat manual servis. Pasangkan fius utama.
AMARAN
Selepas memasang tempat duduk, tariknya ke atas untuk memastikan ia terletak ketat di posisinya. Semasa menunggang, tempat duduk yang longgar boleh beralih dan menyebabkan kehilangan kawalan, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00070b)
3. Lihat manual servis. Pasangkan tempat duduk.
4. Uji pandu motosikal pada kelajuan rendah. Pastikan klac beroperasi dengan betul.
BAHAGIAN SERVIS
Rajah 9. Bahagian Servis: Kit Saluran Klac Hidraulik
Jadual 4. Bahagian Servis
Item
Huraian (Kuantiti)
Nombor Alat Ganti
1
Sesendal pengedap (2)
41751-06A
2
Saluran bendalir klac hidraulik
Tidak dijual secara berasingan
3
Gromet, penutup tepi transmisi
12100077
Item disebut dalam teks, tetapi tidak termasuk dalam kit:
A
Penggerak klac sekunder
37200131
B
Strap kabel, kira-kira 15 inci (38 cm) panjang, (5)
10039