KIT PEMBESAR SUARA RERAUT BAWAH BOOM! AUDIO
941000552019-01-31
UMUM
Nombor Kit
76000950
Model
Untuk maklumat perlengkapan model, lihat katalog runcit P&A atau seksyen Bahagian dan Aksesori di www.harley-davidson.com (Bahasa Inggeris sahaja). Ia tidak sesuai bagi model Pendingin Kembar. Model FLHX memerlukan pembelian kit reraut bawah.
CATATAN
Pembesar suara dalam kit ini mempunyai impedans sebanyak 2 Ohms, dan HANYA boleh digunakan dengan sistem audio Harley-Davidson ® 2014 dan kemudian yang tertentu. Lihat katalog runcit P&A atau Bahagian dan Aksesori di www.harley-davidson.com (Bahasa Inggeris sahaja).
Alatan dan Bekalan yang Diperlukan
Pengunci Ulir Loctite ® 242 - Biru diperlukan untuk memasang kit ini dengan betul.
Keperluan bagi Pemasangan
Model FLHX memerlukan pemasangan awal atau serentak bagi reraut bawah dingin udara Harley-Davidson. SEMUA model memerlukan pembelian berasingan kabinet depan pembesar suara kiri dan kanan. Lihat Katalog runcit P&A atau Bahagian dan Aksesori di www.harley-davidson.com (Bahasa Inggeris sahaja) untuk mendapatkan item ini dalam versi warna sepadan atau tidak dicat.
Pembelian kit ini melayakkan anda untuk mendapatkan perisian penyamaan bunyi khas yang boleh digunakan dengan sistem Audio Lanjutan. Penyamaan unik ini dirangka untuk mengoptimumkan prestasi dan respons bunyi pembesar suara BOOM! Audio pada reraut bawah.
Jika kit ini tidak dipasangkan oleh pengedar Harley-Davidson, perisian penyamaan khas ini boleh didapati percuma daripada mana-mana pengedar melalui Juruteknik Digital II. Prosedur naik taraf tertakluk pada kadar buruh pengedar.
AMARAN
Keselamatan penunggang dan pembonceng bergantung pada pemasangan kit yang betul. Gunakan prosedur manual servis yang sesuai. Jika anda tidak berkeupayaan atau tidak memiliki alat yang betul untuk melakukan prosedur ini, minta pengedar Harley-Davidson memasangkannya. Pemasangan kit ini yang tidak betul boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00333b)
CATATAN
Lembaran arahan ini merujuk kepada maklumat dalam manual servis. Manual servis bagi motosikal tahun/model ini diperlukan untuk pemasangan ini. Ia boleh didapati daripada pengedar Harley-Davidson.
Kandungan Kit
Lihat Rajah 13 dan Jadual 1 .
PENYEDIAAN
CATATAN
Bagi kenderaan yang dilengkapi siren keselamatan:
  • 2014 dan kemudian: Pastikan Fob Bebas Tangan ada bersama.
  • Pusingkan suis nyalaan ke posisi NYALAAN.
AMARAN
Untuk mengelakkan pemulaan kenderaan tidak sengaja yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan serius, tanggalkan fius utama sebelum meneruskan. (00251b)
  1. Lihat manual servis untuk menanggalkan fius utama.
  2. CATATAN
    Lihat manual servis untuk maklumat tertentu tentang langkah-langkah umum yang berikut.
  3. Model Dilengkapi Reraut Bawah: Lihat manual servis untuk menanggalkan reraut bawah.
  4. SEMUA Model: Lihat manual servis untuk menanggalkan reraut luar dan perisai angin.
PENYEDIAAN DAN PEMASANGAN RERAUT BAWAH
1. Lihat Rajah 1 . Dari belakang, tanggalkan tiga skru.
1Skru belakang
Rajah 1. Skru Belakang
2. Lihat Rajah 2 . Dari depan, tanggalkan skru, panel penyekat dan kotak sarung tangan. Putuskan penghubung pintu lohong.
1Tab Mengunci
2Pemasangan kotak sarung tangan
3Skru
4Panel penyekat
Rajah 2. Tab Mengunci dan Panel Penyekat
3. Lihat Rajah 3 . Tanggalkan tiga skru kotak sarung tangan dan kotak sarung tangan.
1Skru kotak sarung tangan
2Kotak sarung tangan
Rajah 3. Skru Kotak Sarung Tangan
4. Lihat Rajah 4 . Tanggalkan skru dan penghubung. Pasangkan pada depan kabinet baharu. Ketatkan.
Tork: 1,3–2 N·m (12–18 in-lbs)
1Skru penghubung lohong
2Penghubung
3Tombol
Rajah 4. Skru Penghubung Lohong
5. Lihat Rajah 5 . Bersihkan kawasan dengan campuran 50-70 peratus alkohol isopropil dan 30-50 peratus air suling.
CATATAN
Untuk memudahkan pemasangan, mula-mula pasangkan dan tanggalkan skru (6) dalam kabinet tanpa dulangnya.
Rajah 5. Permukaan Gasket Sepadan pada Reraut Bawah
6. Lihat Rajah 6 . Pasangkan kabinet depan dan dulang kabinet. Bersihkan hujung bebibir dulang di mana gasket busa akan dipasang, dengan campuran 50-70 peratus alkohol isopropil dan 30-50 peratus air suling. Tanggalkan pengedap pelindung daripasa satu sisi gasket busa dwimuka dan pasangkan gasket busa seperti yang ditunjukkan. Potong dan simpan lebihan gasket busa untuk kegunaan kemudian.
1Rusuk pengesan depan kabinet
2Depan kabinet
3Dulang kabinet
4Sisi dulang dan gasket busa
Rajah 6. Pemasangan Kabinet
7. Lihat Rajah 7 . Posisikan pemasangan kabinet dan sambungkan penghubung.
Rajah 7. Menyambungkan Penghubung
8. Tanggalkan pengedap daripada gasket busa sebelum memasang subpemasangan kabinet. Posisikan pemasangan kabinet.
9. Lihat Rajah 8 . Dari belakang, pasangkan tiga skru kabinet swaulir (9). Ketatkan.
Tork: 1,3–2 N·m (12–18 in-lbs)
1Skru belakang
Rajah 8. Skru Belakang
10. Lihat Rajah 9 . Lipat sekeping gasket yang telah dipotong pada tab pengesan panel penyekat dan pasangkan panel. Letakkan satu titisan Loctite 242 - Biru pada ulir skru. Pasangkan skru dan ketatkannya.
Tork: 7,3–8,4 N·m (65–74 in-lbs)
1Gasket busa
2Tab pengesan
3Panel penyekat
4Skru
Rajah 9. Panel Penyekat dan Busa Tab Pengesan
11. Lihat Rajah 10 . Dari hujung sebelah luar (A), tandakan garis selari (B) pada jarak yang ditentukan (C).
Panjang/Dimensi/Jarak: 25 mm (1,0 in)
12. Dari hujung bawah (D), tandakan titik pada garis selari pada jarak yang ditentukan (E).
Panjang/Dimensi/Jarak: 9,5 mm (0,374 in)
AHujung sebelah luar
BGaris selari
C25 mm (1,0 in)
DHujung bawah
E9,5 mm (0,374 in)
Rajah 10. Lokasi Gerudi
13. Tutup titik gerudi dengan pita penutup untuk mengelakkan cat merekah atau terkupas.
14. Di lokasi gerudi pada sebelah dalam dinding sisi kotak sarung tangan, gerudi lubang dalam saiz tertentu.
Panjang/Dimensi/Jarak: 9,5 mm (0,374 in)
15. Masukkan gromet getah ke dalam lubang yang digerudi.
16. Lihat Rajah 11 . Masukkan empat nat terikat dari dalam bukaan besar.
CATATAN
Jika sesuatu penguat digunakan, pembesar suara reraut bawah akan bersambung kepada penguat depan [313]. Ini termasuk konfigurasi pembesar suara 4, 6 atau 8. Jika penguat tidak digunakan, pembesar suara reraut bawah akan sentiasa bersambung kepada penyambung abah-abah stok [162].
Rajah 11. Nat Terikat
17. Lihat Rajah 12 . Halakan abah-abah dawai ke bawah reraut sehingga ke radio, dan sambungkan kepada sama ada [162] (tanpa penguat reraut) atau [313] (dengan penguat reraut).
1[313]
2Penghalaan abah-abah
3Penghalaan pembesar suara
Rajah 12. Sambungan Abah-abah
18. Lihat manual servis, pasangkan reraut bawah, dan biarkan penutup reraut bawah tidak dipasang.
19. Halakan wayar pembesar suara melalui lubang pada reraut bawah. Wayar Biru Muda & Biru Muda/Hitam ke sebelah RH. Wayar Biru Muda/Oren & Biru Muda/Kelabu ke sebelah LH. Ketatkan abah-abah dawai dengan strap kabel dan sahkan pendawaian tidak mengganggu pergerakan stereng atau suspensi.
20. Pasangkan penutup reraut bawah.
21. Lihat Rajah 13. Sambungkan wayar pembesar suara. Posisikan pembesar suara supaya twiter berada di posisi luar atas. Pasang penutup pembesar suara dengan Bar dan Perisai diposisikan dengan betul, dan pasangkan empat skru. Ketatkan skru.
Tork: 0,3–3 N·m (3–27 in-lbs)
22. Abah-abah dawai yang terdapat dalam kit mempunyai tag rujukan. Periksa kotak bertanda "SPKRS BAWAH" untuk rujukan lanjutan bagi pemasangan/naik taraf.
KEMBALI KE SERVIS
CATATAN
Bagi mengelakkan kerosakan pada sistem bunyi, pastikan suis nyalaan berada di posisi MATI sebelum memasang fius utama.
  1. Lihat manual servis dan pasangkan fius utama.
  2. Uji sistem bunyi untuk memastikan operasi yang betul.
  3. Lihat manual servis. Pasangkan reraut luar dan perisai angin.
AMARAN
Pastikan stereng bergerak lancar tanpa gangguan. Gangguan pada stereng boleh mengakibatkan kehilangan kawalan kenderaan, dan kematian atau kecederaan serius. (00371a)
  • Pastikan wayar, abah-abah atau talian tidak ditarik ketat apabila hendal dipusingkan sepenuhnya ke kiri atau kanan hentian cabang.
  1. Sahkan kelancaran dan kecekapan mengemudi dari hentian ke hentian.
  2. Minta pengedar Harley-Davidson gunakan perisian penyamaan bunyi khas tersebut pada kenderaan untuk mengoptimumkan prestasi dan respons bunyi bagi pembesar suara reraut bawah BOOM! Audio.
  3. CATATAN
    Jika getaran berlaku disebabkan respons bes yang tinggi, busa tambahan boleh dimasukkan antara panel penyekat dan reraut bawah.
BAHAGIAN SERVIS
Rajah 13. Bahagian Servis, Pembesar Suara Reraut Bawah Boom! Audio
Jadual 1. Bahagian Servis
Item
Huraian (Kuantiti)
Nombor Alat Ganti
1
Skru, #6-32 KEPALA CEPER, TORX, Hitam (8)
10200105
2
Pemasangan gril, 6 1/2” premium (2)
76000324
3
Abah-abah dawai (1)
69200612
4
Pemasangan wufer, premium, 6 1/2" (2)
76000877
5
Nat terikat (8)
10100064
6
Kabinet pembesar suara, dulang, reraut LWR, RH (1)
Kabinet pembesar suara, dulang, reraut LWR, LH (1)
76000884
76000883
7
Pengedap gasket (2)
25700895
8
Skru, #10 swaulir (6)
2995
9
Gromet, pengedap abah-abah (2)
11410
Item disebut dalam teks, tetapi tidak termasuk dalam kit:
A
Reraut bawah
B
Kabinet depan