Pemasangan oleh pengedar disyorkan.
Model
Untuk maklumat perlengkapan model, lihat katalog runcit P&A atau seksyen Bahagian dan Aksesori di www.harley-davidson.com (Bahasa Inggeris sahaja).
CATATAN
Pembesar suara dalam kit ini HANYA boleh digunakan bagi sistem audio Harley-Davidson
®
2014 dan kemudian yang tertentu.
Lihat katalog runcit P&A atau Bahagian Alat Ganti dan Aksesori di www.harley-davidson.com (Bahasa Inggeris sahaja).
Penggunaan pembesar suara ini pada sistem audio Harley-Davidson 2005 atau sebelumnya
AKAN menyebabkan kerosakan kekal
pada sistem tersebut.
Keperluan bagi Pemasangan
Kit Penguat (No. bahagian 76000277B).
Kit Pemasangan Penguat (Nombor bahagian. 76000745 atau 76000584). Kit ini termasuk semua braket, pendawaian, perkakasan dan arahan pemasangan.
Kit Penguat dan Kit Pemasangan perlu dipasang sebelum memasang Kit Pembesar Suara Beg Motosikal. Penguat mesti dipasang sebelum EQ boleh dimuatkan.
CATATAN
JANGAN campurkan pembesar suara Peringkat I dan Peringkat II pada kenderaan yang sama.
NOTIS
Radio EQ MESTI dikemas kini oleh pengedar Harley-Davidson SEBELUM mengendalikan sistem audio. Pengendalian sistem audio sebelum pengemaskinian radio EQ akan SEGERA merosakkan pembesar suara. (00645d)
Kemas kini Radio EQ menggunakan alat diagnostik Juruteknik Digital ® II hanya tersedia melalui pengedar berdaftar Harley-Davidson. Alat ini:
![](/sip/blaise/resources/artwork/publication/icon-warning.png)
AMARAN
Keselamatan penunggang dan pembonceng bergantung pada pemasangan kit yang betul. Gunakan prosedur manual servis yang sesuai. Jika anda tidak berkeupayaan atau tidak memiliki alat yang betul untuk melakukan prosedur ini, minta pengedar Harley-Davidson memasangkannya. Pemasangan kit ini yang tidak betul boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00333b)
CATATAN
Lembaran arahan ini merujuk kepada maklumat dalam manual servis. Manual servis bagi motosikal tahun/model ini diperlukan untuk pemasangan ini. Ia boleh didapati daripada pengedar Harley-Davidson.
Elektrik Berlebihan
![](/sip/blaise/resources/artwork/publication/icon-warning.png)
AMARAN
Apabila memasang apa-apa aksesori elektrik, pastikan untuk tidak melebihi kadaran keamperan maksimum bagi fius atau pemutus litar yang melindungi litar terjejas yang diubah suai. Melebihi keamperan maksimum boleh menyebabkan kegagalan elektrik, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00310a)
NOTIS
Menambah terlalu banyak aksesori elektrik boleh terlebih membebankan sistem pengecasan. Jika penggunaan elektrik bagi gabungan aksesori elektrik yang beroperasi pada bila-bila satu masa melebihi arus elektrik yang dihasilkan oleh sistem pengecasan kenderaan, penggunaan elektrik ini boleh menyahcas bateri dan merosakkan sistem elektrik kenderaan. (00211d)
Penguat ini memerlukan sehingga 8 ampere lebih banyak arus berbanding sistem elektrik.