KIT PELEKAP BENDERA BUT
J057052023-01-09
UMUM
Nombor Kit
61400205, 61400206, 61400220, 61400375, 61400722
Model
Untuk maklumat perlengkapan model, lihat Katalog Runcit P&A atau seksyen Bahagian dan Aksesori di www.harley-davidson.com (Bahasa Inggeris sahaja).
CATATAN
Bendera bukan bertujuan untuk penggunaan di lebuh raya. Pembentukan bendera ini tidak akan mampu bertahan dalam keadaan angin dan kelajuan menunggang di lebuh raya. Bendera ini direka untuk kegunaan dalam perbarisan sahaja.
Kandungan Kit
Jadual 1. Kandungan Kit
Huraian (Kuantiti)
Nombor Alat Ganti
Pad haus (2)
94620-98
Tiang bendera, pelekap but
Tidak dijual secara berasingan
Penahan tiang bendera
Tidak dijual secara berasingan
Pad getah
61079-82
Bendera, POW-MIA, pelekap but
94902-03
Bendera, standard
94625-98
Bendera, ulang tahun ke-110, pelekap but
61400203
Bendera, Pahlawan Tercedera, pelekap but
61400376
Bendera, ulang tahun ke-120, Tour-Pak
61400720
PEMASANGAN
CATATAN
  • Pad haus dan pad getah mesti dipasangkan bagi mengelakkan kerosakan pada Tour-Pak. Periksa lekapan tiang dari masa ke masa bagi memastikan tiang sentiasa bersentuhan dengan pad lekapan.
  • Air boleh memasuki Tour-Pak jika tiang bendera dipasangkan.
  1. Lihat Rajah 1. Tanggalkan pelapik pelekat daripada pad haus (1) dan letakkannya pada kawasan di mana tapak tiang akan menyentuh bahagian bercat pada Tour-Pak atau Beg Motosikal. Bagi Tour-Pak, pasangkan pad haus kedua pada atas bar lampu dan pastikan hujung pad haus disejajarkan pada permukaan lekapan bar lampu dan Tour-Pak.
  2. Pasangkan tiang bendera pada Tour-Pak atau Beg Motosikal seperti yang ditunjukkan.
  3. Lihat Rajah 2. Potong pad getah lekat sendiri menjadi dua. Tanggalkan pelapik daripada pad getah dan pasangkannya di sebelah dalam Tour-Pak atau Beg Motosikal pada setiap sisi tiang bendera (1).
1Pad haus
Rajah 1. Pasangkan Pad Haus pada Tour-Pak
1Pad getah (2)
Rajah 2. Pasangkan Pad Getah di Sebelah Dalam Tour-Pak