Lampu Keselamatan
Jika lampu keselamatan tetap menyala ketika menunggang, rujuk kepada pengedar Harley-Davidson.
Fob
Jika sistem keselamatan terus memberikan amaran meskipun dengan kehadiran fob, sila periksa:
  1. Interferens elektromagnet: Peranti elektronik lain, talian kuasa, atau sumber elektromagnet lain boleh menyebabkan sistem keselamatan beroperasi secara tidak konsisten.
    1. Tentusahkan bahawa fob itu tidak berada di dalam kepungan logam atau dalam 76 mm (3.0 in) mana-mana peralatan elektronik yang lain.
    2. Letakkan fob di atas tempat duduk dan set suis OFF/RUN kepada RUN. Selepas sistem dimatikan, kembalikan fob ke lokasi yang sesuai.
    3. Gerakkan motosikal sekurang-kurangnya 5 m (15 ft) daripada tempat interferens.
  2. Bateri fob dinyahcas: Gunakan PIN untuk mematikan sistem. Gantikan bateri. Lihat SISTEM KESELAMATAN → Fob Sistem Keselamatan.
  3. Fob rosak: Gunakan PIN untuk mematikan motosikal. Fob pengganti tersedia untuk dibeli daripada pengedar Harley-Davidson.
Siren