AMARAN
Motosikal adalah berlainan daripada kenderaan lain. Cara ia beroperasi, memandu, mengendali dan brek adalah berbeza. Penggunaan yang tidak mahir atau tidak betul boleh menyebabkan kehilangan kawalan, kematian atau kecederaan serius.
(00556d)
Motosikal Harley-Davidson Adalah Untuk Kegunaan di Jalan raya Sahaja
Motosikal ini tidak dilengkapi dengan penangkap api. Motosikal ini direka untuk kegunaan di jalan raya sahaja. Operasi atau penggunaan di luar jalan raya boleh menyalahi undang-undang di sesetengah tempat. Patuhi undang-undang dan peraturan tempatan.
Umum
AMARAN
Rujuk kepada pengedar Harley-Davidson berhubungan sebarang soalan atau masalah dalam mengendalikan motosikal anda. Tidak melakukannya boleh memburukkan masalah asal, menanggung kos pembaikan mahal, dan menyebabkan kemalangan, dan maut atau kecederaan serius. (00020a)
AMARAN
Jangan tambah kereta sisi untuk motosikal ini. Mengendalika motosikal dengan kereta sisi boleh menyebabkan kehilangan kawalan kenderaan, dan mengakibatkan kematian atau kecederaan serius. (00590d)
Operasi
Sebelum mengendalikan motosikal baharu anda, anda bertanggungjawab untuk membaca dan mengikuti arahan pengendalian dan penyelenggaraan dalam manual ini, dan mematuhi peraturan ini demi keselamatan diri anda.
AMARAN
Pelanggaran objek, seperti susur jalan atau lubang boleh menyebabkan kerosakan dalaman tayar. Jika melanggar objek, segera minta pengedar Harley-Davidson memeriksa tayar dengan menyeluruh. Tayar yang rosak boleh gagal semasa menunggang dan menjejaskan kestabilan serta pengendalian dengan teruk, dan boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00058b)
AMARAN
Sentiasa menunggang menurut kelajuan dan keadaan yang sesuai di jalan raya dan jangan sekali-kali melebihi had kelajuan yang dibenarkan. Kelajuan berlebihan boleh menyebabkan kehilangan kawalan kenderaan, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00008a)
AMARAN
Jika Dilengkapi: Adang depan dan/atau belakang tidak dimaksudkan untuk melindungi badan daripada kecederaan apabila berlanggar dengan kenderaan lain atau sebarang objek lain. (00022d)
Stereng dan Pengendalian
AMARAN
Jangan kendalikan kenderaan dengan cabang yang berkunci. Mengunci cabang menghadkan keupayaan membelok kenderaan, dan boleh menyebabkan kematian atau kecederaan serius. (00035a)
AMARAN
Kerap memeriksa penyerap kejutan dan cabang depan. Gantikan bahagian bocor, rosak atau haus yang boleh menjejaskan kestabilan dan pengendalian dengan teruk, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00012a)
AMARAN
Jangan kendalikan motosikal dengan stereng atau sistem suspensi yang longgar, haus atau rosak. Hubungi pengedar Harley-Davidson untuk pembaikan. Stereng atau komponen suspensi yang longgar, haus atau rosak boleh menjejaskan kestabilan dan pengendalian dengan teruk, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00011a)
AMARAN
Jangan buka kompartmen penyimpanan semasa menunggang. Gangguan semasa menunggang boleh menyebabkan kehilangan kawalan, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00082a)
AMARAN
Apabila menunggang di jalan yang basah, kecekapan brek dan daya tarikan berkurangan dengan ketara. Tidak berhati-hati apabila membrek, memecut atau membelok di jalan basah boleh menyebabkan kehilangan kawalan, dan maut atau kecederaan serius. (00041a)
Aksesori dan Muatan
AMARAN
Jangan melebihi Kadar Berat Kenderaan Kasar motosikal (GVWR) atau Kadar Berat Gandar Kasar (GAWR). Melebihi kadar berat ini boleh menyebabkan kegagalan komponen dan menjejaskan kestabilan, pengendalian serta prestasi dengan teruk, dan boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00016f)
Tayar
AMARAN
Pastikan tayar dikembungkan dengan betul, seimbang, tidak rosak, dengan bunga tayar yang mencukupi. Periksa tayar anda secara kerap dan rujuk kepada pengedar Harley-Davidson untuk penggantian. Menunggang dengan tayar yang terlalu haus, tidak seimbang, tidak mengembung betul, terlebih beban atau rosak, boleh menyebabkan kegagalan tayar, menjejaskan kestabilan serta pengendalian dengan teruk, dan boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00014b)
AMARAN
Gantikan tayar yang pancit atau rosak. Dalam sesetengah kes, kebocoran kecil di kawasan bunga tayar boleh dibaiki dari dalam tayar oleh pengedar Harley-Davidson. Kelajuan TIDAK seharusnya melebihi 80 km/h (50 mph) bagi 24 jam pertama selepas pembaikan, dan tayar yang dibaiki TIDAK BOLEH digunakan melebihi 129 km/h (80 mph) . Tidak mematuhi amaran ini boleh membawa kepada kegagalan tayar dan boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00015b)
AMARAN
Jangan gunakan pengimbang tayar bendalir atau pengedap dalam roda aluminium. Penggunaan pengimbang tayar bendalir atau pengedap boleh mengakis permukaan rim dengan pantas, yang boleh menyebabkan pengempisan tayar. Pengempisan tayar boleh menyebabkan kehilangan kawalan kenderaan, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00631b)
Tunda dan Treler
AMARAN
Jangan menarik treler dengan motosikal. Menarik treler boleh menyebabkan bebanan berlebihan, kerosakan dan kegagalan tayar, penurunan prestasi brek, menjejaskan kestabilan dan pengendalian dengan teruk, dan boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00018c)
AMARAN
Jangan tunda motosikal yang dinyahdayakan. Penundaan boleh menjejaskan kestabilan dan pengendalian dengan teruk, dan mengakibatkan kematian atau kecederaan serius. (00017a)
Bahan Api dan Ekzos
AMARAN
Hentikan enjin apabila mengisi semula minyak atau menservis sistem bahan api. Jangan merokok atau membiarkan nyalaan terbuka atau percikan api berada berhampiran petrol. Petrol sangat mudah terbakar dan meletup, dan boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00002a)
AMARAN
Elakkan tumpahan. Buka tukup pengisi bahan api dengan perlahan-lahan. Jangan isi melebihi bahagian dasar sisip leher pengisi, tinggalkan ruang udara untuk pengembangan bahan api. Rapatkan penutup pengisi selepas mengisi semula minyak. Petrol sangat mudah terbakar dan meletup, dan boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00028b)
AMARAN
Elakkan terkena sistem ekzos dan pakai pakaian pelindung yang menutup kaki sepenuhnya semasa menunggang. Paip ekzos dan mufler menjadi sangat panas apabila enjin berjalan dan masih terlalu panas untuk disentuh, walaupun selepas enjin dimatikan. Tidak memakai pakaian pelindung boleh menyebabkan lecuran atau kecederaan serius lain. (00009a)
AMARAN
Jangan jalankan motosikal dalam garaj tertutup atau kawasan terhad. Menyedut ekzos motosikal yang mengandungi gas karbon monoksida beracun boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00005a)
AMARAN
Ekzos enjin daripada produk ini mengandungi bahan kimia yang diketahui di Negeri California sebagai penyebab kanser, dan kecacatan kelahiran atau masalah pembiakan lain. (00004f)
Brek
AMARAN
Brek adalah komponen keselamatan yang kritikal. Hubungi pengedar Harley-Davidson untuk pembaikan atau penggantian brek. Brek yang tidak diservis betul boleh menjejaskan prestasi brek dengan teruk, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00054a)
AMARAN
Gunakan brek depan dan belakang dengan sekata. Menggunakan satu brek sahaja akan mempercepatkan kehausan dan mengurangkan kecekapan brek. Beroperasi dengan brek yang terlebih haus boleh menyebabkan kegagalan brek, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00135a)
AMARAN
Bendalir brek DOT 4 menyerap lembapan daripada atmosfera, yang mengubah sifat bendalir tersebut. Periksa kandungan lembapan bendalir brek pada setiap selang masa servis atau setiap tahun (yang mana lebih awal). Bilas dan gantikan bendalir brek setiap dua tahun, atau lebih awal jika kandungan lembapan adalah 3% atau lebih. Tidak membilas dan menggantikan bendalir boleh menjejaskan pembrekan dengan teruk, dan membawa maut atau kecederaan serius. (06304b)
AMARAN
Bersentuhan dengan bendalir brek DOT 4 boleh menjejaskan kesihatan dengan serius. Tidak memakai pelindung kulit dan mata yang sesuai boleh membawa maut atau kecederaan serius.
  • Jika tersedut: Sentiasa tenang, alihkan ke kawasan berudara segar, dapatkan rawatan perubatan.
  • Jika terkena kulit: Tanggalkan pakaian yang tercemar. Basuh kulit dengan serta-merta menggunakan air yang banyak selama 15-20 minit. Jika terdapat kerengsaan, dapatkan rawatan perubatan.
  • Jika terkena pada mata: Basuh mata yang terjejas sekurang-kurangnya 15 minit di bawah air mengalir dengan mata dibuka penuh. Jika terdapat kerengsaan, dapatkan rawatan perubatan.
  • Jika tertelan: Basuh mulut dan kemudian minum banyak air. Jangan muntah secara paksa. Hubungi Kawalan Racun. Rawatan perubatan segera diperlukan.
  • Untuk butiran lanjut, lihat Lembaran Data Keselamatan (SDS) yang tersedia di sds.harley-davidson.com
(00240e)
Bagi memastikan sistem brek berfungsi sewajarnya, periksa kandungan lembapan bendalir brek pada setiap selang masa servis atau sekurang-kurangnya setiap tahun menggunakan penguji lembapan bendalir brek DOT 4 (nombor bahagian HD-48497-A atau yang setara) dan ikuti arahan yang disertakan bersama alat tersebut. Bilas bendalir DOT 4 setiap 2 tahun atau lebih awal jika ujian bendalir bagi sistem brek menunjukkan kandungan lembapan adalah 3% atau lebih.
Harley-Davidson mengesyorkan penggunaan Bendalir Brek DOT 4 Label Platinum Harley-Davidson kerana ia memiliki ciri tahan lembapan dan kakisan yang hebat.
Bateri
AMARAN
Bateri, tiang bateri, terminal dan aksesori berkaitan mengandungi plumbum dan sebatian plumbum, serta bahan kimia lain yang diketahui di Negeri California sebagai penyebab kanser, dan kecacatan kelahiran atau masalah pembiakan lain. Basuh tangan selepas pengendalian. (00019e)
AMARAN
Bateri mengandungi asid sulfirik, yang boleh menyebabkan mata dan kulit melecur dengan teruk. Pakai perisai pelindung muka, sarung tangan getah dan pakaian pelindung apabila mengendalikan bateri. JAUHKAN BATERI DARIPADA KANAK-KANAK. (00063a)
NOTIS
Menambah terlalu banyak aksesori elektrik boleh terlebih membebankan sistem pengecasan. Jika penggunaan elektrik bagi gabungan aksesori elektrik yang beroperasi pada bila-bila satu masa melebihi arus elektrik yang dihasilkan oleh sistem pengecasan kenderaan, penggunaan elektrik ini boleh menyahcas bateri dan merosakkan sistem elektrik kenderaan. (00211d)
Bahan Berbahaya
AWAS
Sering bersentuhan dengan minyak motor yang telah digunakan boleh membahayakan kulit dan menyebabkan kanser kulit. Segera basuh kawasan yang terjejas dengan sabun dan air. (00358b)
Penyelenggaraan
AMARAN
Lakukan operasi servis dan penyelenggaraan seperti yang ditunjukkan dalam jadual selang masa servis tetap. Kekurangan penyelenggaraan tetap pada selang masa yang disyorkan boleh menjejaskan pengendalian motosikal secara selamat, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00010a)
NOTIS
Apabila menaikkan motosikal menggunakan bicu, pastikan bicu menyentuh kedua-dua tiub kerangka bawah di mana tiub bawah dan tiub kerangka rendah bertemu. Jangan sekali-kali menaikkan kenderaan menggunakan bicu pada anggota bersilang, panci minyak, braket lekapan, komponen atau perumah. Tidak mematuhinya boleh menyebabkan kerosakan serius yang memerlukan kerja-kerja pembaikan. (00586d)
Bahagian dan Aksesori
AMARAN
Bahagian dan aksesori Harley-Davidson direka untuk motosikal Harley-Davidson. Penggunaan bahagian atau aksesori bukan Harley-Davidson boleh menjejaskan prestasi, kestabilan atau pengendalian dengan teruk, dan boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00001b)
AMARAN
Gunakan pengetat gantian Harley-Davidson. Penggunaan pengetat lepas pasaran boleh menjejaskan prestasi dengan teruk, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00013a)
AMARAN
Lihat bahagian Aksesori dan Muatan dalam manual pemilik anda. Pemuatan atau pemasangan aksesori tidak betul boleh menyebabkan kegagalan komponen dan menjejaskan kestabilan, pengendalian serta prestasi dengan teruk, dan mengakibatkan kematian atau kecederaan serius. (00021b)