Lampu Periksa Enjin
Lihat Operasi → Instrumen → Lampu Penunjuk . Lampu periksa enjin menandakan keadaan enjin/sistem pengurusan enjin.
Lampu periksa enjin biasanya akan menyala apabila motosikal mula-mula dihidupkan. Pada masa ini, sistem pengurusan enjin menjalankan beberapa ujian diagnostik sendiri.
Jika lampu enjin tidak terpadam selepas enjin dimulakan atau menyala pada masa yang lain, rujuk kepada pengedar Harley-Davidson.
Lampu Amaran Bahan api
Tetap: Lihat Operasi → Instrumen → Lampu Penunjuk . Lampu amaran bahan api memberi amaran apabila petrol dalam tangki mencapai paras rendah (anggaran). Lihat Spesifikasi untuk aras bahan api rendah. Lihat Operasi → Paparan Tetingkap Odometer untuk ciri-ciri julat bahan api.
Berkelip: Jika lampu amaran bahan api terus berkelip atau menyala selepas tangki bahan api diisikan, rujuk kepada pengedar Harley-Davidson.
Lampu Nyahcas Bateri
Lihat Operasi → Instrumen → Lampu Penunjuk . Lampu nyahcas bateri menandakan pengecasan bateri yang berlebihan atau berkurangan. Lihat Prosedur Servis → Penyelenggaraan Bateri .
Lampu Penunjuk Keselamatan/Kerosakan
Lihat Operasi → Instrumen → Lampu Penunjuk . Lampu keselamatan memaparkan status sistem keselamatan dan ujian diagnostik kendiri bagi peralatan elektrik motosikal. Lihat SISTEM KESELAMATAN → Sistem Keselamatan untuk operasi sistem keselamatan.
Berkelip: Sistem keselamatan diaktifkan.
Tetap (sistem keselamatan diaktifkan): Penggera telah diaktifkan.
Tetap (sistem keselamatan dilucutkan): Jika lampu kekal menyala, maknanya terdapat kesilapan dalam kod diagnostik. Rujuk kepada pengedar Harley-Davidson.
Lampu Penunjuk Isyarat Belok
Berkelip: Lihat Operasi → Instrumen → Lampu Penunjuk . Isyarat belok diaktifkan. Apabila pengelip bahaya 4 hala beroperasi, kedua-dua penunjuk isyarat belok akan berkelip secara serentak.
Berkelip pantas: Mentol lampu isyarat belok tidak beroperasi. Berhati-hati dan gunakan isyarat tangan. Gantikan komponen yang tidak beroperasi secepat mungkin.
Lampu Tinggi Depan
Lihat Operasi → Instrumen → Lampu Penunjuk . Lampu tinggi depan akan menyala apabila suis lampu tinggi atau kelip untuk lalu diaktifkan.
Lampu Neutral
Lihat Operasi → Instrumen → Lampu Penunjuk . Lampu neutral akan menyala apabila transmisi berada dalam neutral.
Lampu Kawalan Tunggangan
Mati: Lihat Operasi → Instrumen → Lampu Penunjuk . Kawalan tunggangan tidak didayakan.
Oren: Kawalan tunggangan didayakan. Kelajuan tunggangan tidak disetkan atau telah dilepaskan.
Hijau: Kelajuan tunggangan telah disetkan. Kelajuan kenderaan diselenggara oleh sistem kawalan tunggangan.
Penunjuk Gear
Lihat Operasi → Instrumen → Lampu Penunjuk . Gear (1-6) yang dipilih pada waktu itu akan dipaparkan di tetingkap odometer. Penunjuk gear dikira menurut kelajuan kenderaan dan kelajuan enjin. Penunjuk gear kekal kosong semasa transmisi berada dalam neutral, tuil klac ditarik ke dalam atau semasa kenderaan tidak bergerak.
Bergantung pada cara penggunaan klac oleh penunggang dan kehausan klac, penunjuk gear mungkin menjadi tidak tepat buat seketika. Ini boleh berlaku jika klac terlepas sama ada kerana terlalu haus, klac tersalah laras atau pengendali menekan klac.
Lampu ABS
AMARAN
Jika lampu ABS terus berkelip pada kelajuan melebihi 5 km/h (3 mph) atau terus menyala, maknanya ABS tidak beroperasi. Sistem brek standard beroperasi, tetapi penguncian roda boleh berlaku. Hubungi pengedar Harley-Davidson untuk pembaikan ABS. Roda yang terkunci akan menggelincir dan boleh menyebabkan kehilangan kawalan, dan menyebabkan kematian atau kecederaan serius. (00361b)
Berkelip perlahan: Lampu ABS mula berkelip apabila kenderaan dihidupkan. Lampu berkelip menunjukkan sistem berada dalam mod diagnosis kendiri. Ia akan terus berkelip sehingga kelajuan motosikal melebihi 5 km/h (3 mph) . ABS tidak berfungsi sehingga lampu ini dimatikan.
AMARAN
Lampu ABS yang berkelip pantas semasa lampu penunjuk kerosakan merah sedang menyala menunjukkan potensi kerosakan pada sistem brek. Gerakkan motosikal keluar daripada trafik menggunakan brek depan dan belakang untuk mengurangkan kelajuan dan untuk menghentikan motosikal di tempat yang selamat. Hubungi peniaga Harley-Davidson untuk pembaikan sistem brek. Mengendalikan motosikal dengan sistem brek yang tidak berfungsi dengan betul boleh menjejaskan prestasi brek dengan teruk dan mengakibatkan kematian atau kecederaan serius. (08904a)
Berkelip pantas dengan lampu penunjuk keselamatan/kerosakan Tetap menyala: Ini menunjukkan potensi kerosakan pada sistem brek. Gunakan kedua-dua brek depan dan belakang bagi mengurangkan kelajuan dan menghentikan motosikal. Kawalan brek boleh berasa ketat apabila digunakan. Jika ini berlaku, tunggang motosikal ke tempat yang selamat untuk berhenti. Kerosakan perlu diservis dan dibetulkan sebelum perjalanan boleh diteruskan. Rujuk kepada pengedar Harley-Davidson untuk servis.
Tetap: Lampu yang menyala secara berterusan menandakan kerosakan ABS. ABS akan dinyahdayakan dan brek beroperasi seolah-olah ia bukan brek ABS. Rujuk kepada pengedar Harley-Davidson untuk servis.
Jadual 1. Keadaan Lampu ABS
LAMPU ABS
KEADAAN
Lampu ABS Berkelip
PERMULAAN: Pemeriksaan mentol Lampu ABS.
Lampu ABS DIMATIKAN
OPERASI NORMAL: Selepas kelajuan kenderaan > 5 km/h (3 mph) .
Lampu ABS Berterusan
ABS tidak berfungsi.
Lampu ABS Berkelip Pantas dengan Lampu Penunjuk Keselamatan/Kerosakan Merah Padu
Kerosakan Sistem Brek, Jangan menunggang.
Lampu Tekanan Minyak
NOTIS
Jika lampu penunjuk tekanan minyak masih menyala, sentiasa periksa bekalan minyak terlebih dahulu. Jika bekalan minyak adalah normal dan lampu masih menyala, segera hentikan enjin dan jangan menunggang lagi sehingga masalah dikenalpasti dan pembaikan yang perlu dilakukan. Tidak melakukannya boleh merosakkan enjin. (00157a)
Lihat Operasi → Instrumen → Lampu Penunjuk . Lampu tekanan minyak akan menyala apabila motosikal dihidupkan. Lampu akan kekal menyala sehingga enjin dimulakan.
Jika lampu menyala semasa enjin berjalan, maknanya aliran minyak melalui enjin adalah tidak mencukupi.
Periksa minyak enjin Tambah minyak jika perlu. Lihat Penyelenggaraan dan Pelinciran → Periksa Aras Minyak Enjin . Untuk sebab-sebab lain yang mungkin, lihat Pencarisilapan → Enjin .
Jika paras minyak enjin adalah mencukupi dan lampu masih menyala, matikan enjin serta-merta. Rujuk kepada pengedar Harley-Davidson untuk servis.
Lampu Tekanan Tayar Rendah/Malfungsi TPMS
AMARAN
Pastikan tayar dikembungkan dengan betul, seimbang, tidak rosak, dengan bunga tayar yang mencukupi. Periksa tayar anda secara kerap dan rujuk kepada pengedar Harley-Davidson untuk penggantian. Menunggang dengan tayar yang terlalu haus, tidak seimbang, tidak mengembung betul, terlebih beban atau rosak, boleh menyebabkan kegagalan tayar, menjejaskan kestabilan serta pengendalian dengan teruk, dan boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00014b)
Lihat Operasi → Instrumen → Lampu Penunjuk . Lampu tekanan tayar rendah/malfungsi TPMS menandakan tekanan tayar rendah atau kerosakan sistem TPMS.
Berkelip (60 saat, diikuti oleh lampu tetap): Malfungsi TPMS telah dikesan. Lampu keselamatan turut menyala untuk menandakan kewujudan masalah kod diagnostik. Keadaan ini boleh berlaku atas pelbagai sebab, termasuk kehilangan isyarat daripada sensor atau kegagalan bateri sensor. Data tekanan tayar mungkin tidak tersedia semasa lampu menyala. Rujuk kepada pengedar Harley-Davidson untuk servis.
Tetap: Sistem mengesan satu atau lebih tayar mempunyai tekanan yang rendah. Radio juga akan menunjukkan butiran bagi keadaan ini. Hentikan kenderaan dengan selamat dan gunakan tolok tekanan tayar untuk memeriksa tekanan setiap tayar yang terjejas. Kembungkan tayar mengikut spesifikasi di Sebelum Menunggang → Memeriksa Tekanan dan Memeriksa Tayar atau seperti dinyatakan pada label tiub bawah kerangka. Lampu akan padam apabila anda mula menunggang motosikal dengan tekanan tayar yang betul. Rujuk juga kepada Sebelum Menunggang → Memeriksa Tekanan dan Memeriksa Tayar untuk mengimbangi tekanan tayar bagi tayar yang baru ditunggang. Jika tekanan tayar dilaraskan menurut Sebelum Menunggang → Memeriksa Tekanan dan Memeriksa Tayar , laras semula tekanan menurut pengesyoran secepat mungkin.
CATATAN
Jangan gunakan sistem TPMS sebagai tolok tekanan apabila menambah atau mengeluarkan udara daripada tayar. Data sensor dihantar ke TPMS pada selang masa yang berbeza-beza (bergantung sama ada kenderaan sedang bergerak, diparkir pada dirian jiffy atau mengalami perubahan ketara dalam tekanan tayar). Data tekanan tayar mungkin tidak akan segar semula dengan segera semasa menambah atau mengeluarkan udara daripada tayar. Terlebih kembung atau terkurang kembung boleh berlaku.
Lihat Operasi → Paparan Tetingkap Odometer untuk paparan data tekanan tayar di odometer.
Lihat Operasi → Status Kenderaan Boom! Box dan MANUAL PEMILIK BOOM! BOX untuk fungsi-fungsi TPMS di radio.
Lampu Kawalan Tarikan
Tetap: Kawalan tarikan telah dimatikan.
Berkelip perlahan: Lampu kawalan tarikan mula berkelip apabila kenderaan dihidupkan. Lampu berkelip menunjukkan sistem berada dalam mod diagnosis kendiri. Ia akan terus berkelip sehingga kelajuan motosikal melebihi 5 km/j (3 bsj). Kawalan tarikan tidak akan berfungsi sehingga lampu ini dimatikan.
Berkelip pantas: Intervensi aktif sistem kawalan tarikan.
Mati: Sistem kawalan tarikan dihidupkan.
Padu dengan lampu penunjuk Keselamatan/Kerosakan Dihidupkan: Menandakan kesilapan kawalan tarikan. Kawalan tarikan dinyahdayakan dan motosikal beroperasi dengan kawalan tarikan dimatikan. Rujuk kepada pengedar Harley-Davidson untuk servis.
Lampu Mod Hujan
Lampu Mod Hujan menandakan kawalan tarikan berada dalam Mod Hujan.
Padu: Kawalan tarikan dalam Mod Hujan.
Padam: Kawalan tarikan dalam Mod Jalan.
Lamu Kawalan Bertahan Kenderaan
Padu: Kawalan Bertahan Kenderaan dipasang, dan tekanan brek dikekalkan.
Berkelip Perlahan: Menunjukkan tekanan brek sedang dilepaskan, atau akan dilepaskan secara automatik. Penunggang harus bersedia untuk menggunakan brek secara manual atau meluncur pergi