Roda boleh terhakis atau rosak secara kosmetik jika ia tidak dibersihkan, digilap dan dipelihara dengan betul. Bersihkan dan kedapkan roda dengan pelindung rawalan yang betul terhadap bopengan, kakisan, tompok-tompok dan kotoran. Harley-Davidson mengesyorkan bahawa roda dijaga secara mingguan. Kakisan roda tidak dianggap sebagai kecacatan dalam bahan-bahan atau mutu kerja.
CATATAN
Roda aluminium terdedah tidak mempunyai lapisan pelindung dan menghakis melainkan jika dirawat dengan betul. Gunakan PELINDUNG RODA ALUMINIUM yang TERDEDAH ketika hendak membeli motosikal dan sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk mengelakkan kerosakan kosmetik.
Pastikan roda bersih daripada bahan kimia, pembersih roda berasaskan asid, garam dan habuk brek terkumpul. Selepas basuh roda dengan PEMBERSIH RODA & TAYAR, gunakan produk penggilap dan pengedap mengikut jenis roda. Rujuk kepada Jadual 1.
Jadual 1. Penggilap Roda dan Produk Pengedap
RODA
PRODUK
HURAIAN
Teranod
GLIS PENGEDAP POLI
Bersihkan permukaan, hilangkan calar halus. Memberikan bahan kedap boleh bernafas terhadap asid, bahan kimia, garam dan habuk brek.
PEMERINCI GILAP
Materikan dan lindungi terhadap bahan kimia keras, garam dan mendapan lain untuk mencegah kakisan.
Aluminium terdedah
PELINDUNG RODA ALUMINIUM TERDEDAH
Wujudkan lapisan pelindung bagi roda aluminium terdedah untuk mengelakkan penoksidaan. Lap secara berasingan.
Krom
KROM BERSIH & BERSINAR
Pembersih lembut untuk mencerahkan roda krom.
PEMERINCI GILAP
Materikan dan lindungi terhadap bahan kimia keras, garam dan mendapan lain untuk mencegah pengoksidaan.
Aluminium tergilap atau keluli tahan karat
GILAP LOGAM TERDEDAH
Penggilap mikro pelelas untuk membaikpulih roda tergilap. Jangan gunakan pada krom.