CATATAN
Untuk mengelakkan calar, berhati-hati semasa membersihkan muka instrumen. Sesetengah model motosikal mungkin mempunyai muka akrilik.
Bahan api
Lihat Rajah 1 , Rajah 2 , Rajah 3 , Rajah 4 , atau Rajah 5 . Tolok bahan api memaparkan lapan bar apabila tangki bahan api penuh. Setiap bar mewakili kira-kira satu per lapan daripada jumalah kapasiti bahan api.
Spidometer
AMARAN
Sentiasa menunggang menurut kelajuan dan keadaan yang sesuai di jalan raya dan jangan sekali-kali melebihi had kelajuan yang dibenarkan. Kelajuan berlebihan boleh menyebabkan kehilangan kawalan kenderaan, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00008a)
Spidometer mengukur kelajuan dalm batu sejam (model AS sahaja) kilometer sejam (model antarabangsa sahaja), atau kedua-dua bsj dan km/j bagi pasaran tertentu.
Instrumen lampu belakang diaktifkan lewat sedikit. Perubahan kepada pencahayaan ambien, seperti melalui terowong, mungkin mengubah lampu belakang seketika.
Odometer
Menekan suis perjalanan dengan suis MATI/HIDUP berada dalam apa jua posisi akan mengaktifkan bacaan odometer.
Tetingkap odometer juga memaparkan pilihan yang berikut:
Tekan dan lepaskan suis perjalanan untuk mengitar melalui paparan odometer.
Odometer Perjalanan A dan B
Lihat Rajah 6 . Periksa perbatuan atau set semula odometer perjalanan dengan menetapkan suis MATI/HIDUP ke posisi HIDUP. Tekan dan lepaskan suis perjalanan (1) sehingga odometer perjalanan yang diingini, A (2) atau B (3) terpapar. A atau B di bahagian kanan tetingkap paparan menandakan odometer perjalanan yang dipilih.
Untuk set semula odometer perjalanan kepada sifar, paparkan odometer yang diingini (A atau B) di tetingkap paparan. Tekan suis perjalanan dan tahan selama kira-kira tiga saat. Odometer perjalanan akan diset semula kepada sifar.
Pemilihan Takometer/Gear: Kecuali Low Rider (FXLR)
Lihat Rajah 6 . Tekan dan lepaskan suis perjalanan untuk mengitar melalui paparan tetingkap odometer. Odometer akan menunjukkan kelajuan enjin dalam revolusi per minit (rpm).
Gear semasa (1-6) dipaparkan bersebelahan odometer. Nombor gear adalah kosong jika kenderaan tidak bergerak, transmisi berada dalam posisi neutral, atau tuil cekam ditarik dalam.
1Spidometer
2Panel penunjuk
3Tolok bahan api/odometer/takometer
Rajah 1. Instrumen: Softail Slim (FLSL), Deluxe (FLDE), Warisan Klasik (FLHC/S)
1Spidometer
2Tolok bahan api/odometer/takometer
Rajah 2. Instrumen: Fat Boy (FLFB/S/ANV), Sport Glide (FLSB)
1Spidometer/tolok bahan api/odometer/takometer
2Panel penunjuk
Rajah 3. Instrumen: Breakout (FXBRS), Street Bob (FXBB), FXDR 114 (FXDRS), Softail Standard (FXST) (biasa)
1Spidometer
2Tolok bahan api/odometer
3Takometer
Rajah 4. Instrumen: Low Rider (FXLR/S)
1Takometer
2Spidometer/tolok bahan api/odometer
Rajah 5. Instrumen: Fat Bob (FXFB/S)
1Suis Perjalanan
2Odometer perjalanan A
3Odometer perjalanan B
4Gear dan rpm: Kecuali Low Rider® (FXLR)
Rajah 6. Odometer Perjalanan, Takometer dan Pemilihan Gear