Penanggalan
  1. Lihat Operasi → TOUR-PAK . Buka Tour-Pak untuk mengalihkan sandaran tempat duduk pembonceng.
  2. Tanggalkan skru yang mengetatkan belakang tempat duduk.
  3. Untuk melindungi kemasan pada Tour-Pak, lindungi braket lekapan tempat duduk belakang dengan tapak tangan.
  4. Lihat Rajah 1 . Semasa menolak tempat duduk ke depan, naikkan belakang tempat duduk sehingga braket terletak pada atas Tour-Pak. Tolak tempat duduk ke belakang untuk melepaskannya daripada lelidah pada braket tangki bahan api belakang.
Pemasangan
1. Lihat Rajah 2 . Letakkan tempat duduk pada tulang belakang kerangka.
2. Untuk melindungi kemasan Tour-Pak, lindungi braket lekapan tempat duduk belakang dengan tapak tangan.
3. Semasa menaikkan belakang tempat duduk, gunakan tangan yang lagi satu untuk menolak bahagian depan tempat duduk ke bawah dan ke depan dengan kuat sehingga lelidah terpasang pada slot tempat duduk.
4. Tolak tempat duduk ke belakang sehingga nat penahan tempat duduk berpusat pada lubang braket lekapan.
5. Pasangkan skru lekapan tempat duduk. Ketatkan skru lekapan dengan tangan.
6. Tarik pada bahagian depan dan belakang tempat duduk untuk memastikan ketetatannya.
Rajah 1. Lidah Tempat Duduk
Rajah 2. Slot Lekapan Tempat Duduk