Amaran
Setelah diaktifkan, jika motosikal bergerak tanpa kehadiran fob, penggera akan mengelipkan isyarat belok tiga kali secara berselang-seli dan membunyikan siren sekali.
Dalam empat saat, jika tiada gerakan selanjutnya dikesan, sistem akan kekal aktif tanpa membunyikan penggera.
Jika motosikal masih bergerak, sistem akan memberikan amaran kedua, empat saat selepas amaran pertama.
CATATAN
Semasa memberikan amaran dan membunyikan penggera, pemula motor dan litar nyalaan akan kekal dinyahdayakan.
Pengaktifan Penggera
Jika sistem keselamatan masih mengesan pergerakan selepas amaran kedua, sistem itu akan mengaktifkan penggera.
Apabila diaktifkan, sistem keselamatan akan:
Tempoh: Penggera akan berhenti dalam 30 saat dan jika tiada gerakan dikesan, penggera tidak akan beroperasi semula.
Jika motosikal masih bergerak, sistem akan mengulangi penggera 30 saat dan memeriksa gerakan sekali lagi. Penggera akan mengulangi kitaran penggera 30 saat ini selama lima minit (10 kitaran) atau sehingga penggera dinyahaktifkan.
CATATAN
Penggera juga akan mengaktifkan LED, getaran atau mod boleh dengar Alat Kelui Keselamatan Harley-Davidson yang boleh dibeli jika dikehendaki. Julat jarak bagi alat kelui boleh mencecah sehingga 0,8 km (0.5 mi) . Rujuk kepada pengedar Harley-Davidson untuk butiran.
Menyahaktifkan Penggera
Fob anak kunci: Bawa fob ke motosikal. Selepas modul mengesan kehadiran fob, sistem akan mematikan penggera.
Memasukkan PIN: Masukkan PIN untuk menyahaktifkan penggera. Jika berlaku kesilapan semasa memasukkan PIN, tunggu sehingga penggera berada di antara kitaran untuk memasukkan PIN.