AMARAN
Ciri hidup automatik pada lampu depan menambahkan kebolehlihatan penunggang kepada pemandu lain. Pastikan lampu depan dihidupkan pada setiap masa. Kekurangan kebolehlihatan penunggang kepada pemandu lain boleh menyebabkan kematian atau kecederaan serius. (00030b)
Lihat bahagian MANUAL PEMILIK ANDA. Pastikan untuk merekodkan semua nombor utama anda dalam ruang yang disediakan di bahagian depan buku ini.
Lihat Rajah 1 . Suis nyalaan mengawal fungsi elektrik bagi motosikal.
AMARAN
Jangan kendalikan kenderaan dengan cabang yang berkunci. Mengunci cabang menghadkan keupayaan membelok kenderaan, dan boleh menyebabkan kematian atau kecederaan serius. (00035a)
NOTIS
Lindungi motosikal anda daripada kecurian. Tidak mengunci motosikal selepas memarkir boleh mengakibatkan kecurian dan/atau kerosakan peralatan. (00151b)
NOTIS
Jangan lincirkan kunci barel dengan pelincir berasaskan petroleum atau grafit. Penguncian mungkin tidak boleh berfungsi. (00152a)
CATATAN
Jadual 1. Posisi Suis Nyalaan
MODEL
FUNGSI
LABEL
OPERASI
Tanpa Reraut
Suis*
MATI
Nyalaan, lampu dan aksesori dimatikan.
AKSESORI
Aksesori dihidupkan. Pengelip amaran bahaya boleh dibiarkan menyala. Lampu instrumen menyala. Lampu brek dan hon boleh diaktifkan.*
NYALAAN
Nyalaan, lampu dan aksesori dihidupkan.
Dengan Reraut
Pengunci
MENGUNCI
Mengunci suis dalam posisi PENGUNCI CABANG atau AKSESORI. Keluarkan kunci untuk tujuan keselamatan.
MEMBUKA KUNCI
Membuka suis. Apabila dibuka, suis boleh diputar ke mana-mana 4 posisi. Untuk mengelakkan kehilangan ketika menunggang, tanggalkan anak kunci.
Suis
PENGUNCI CABANG
Mengunci cabang dalam posisi kiri bagi mencegah penggunaan tanpa kebenaran ketika kenderaan diparkir. Lihat Operasi → Pengunci Cabang untuk operasi.
MATI
Apabila suis berada di posisi MATI, nyalaan, lampu dan aksesori dimatikan.
NYALAAN
Apabila suis berada di posisi NYALAAN, motosikal boleh dimulakan dan semua lampu dan aksesori beroperasi.
AKSESORI
Dalam mod AKSESORI, lampu instrumen dan aksesori beroperasi tetapi enjin tidak dapat dimulakan. Lampu brek dan hon boleh diaktifkan. Pengelip bahaya 4 hala beroperasi. Suis boleh dikunci dalam posisi AKSESORI.
* Kunci suis berada di bawah penutup suis. Masukkan anak kunci dan pusingkan melawan arah jam untuk mengunci, mengikut arah jam untuk membuka. Anak kunci boleh ditanggalkan dalam apa jua posisi.
** Model Antarabangsa: Lampu posisi dan lampu belakang juga menyala.
1Suis nyalaan: Tanpa reraut
2Suis nyalaan: Dengan reraut
3Mengunci
4Membuka
5Nyalaan
6Mati
7Aksesori
8Pengunci cabang
Rajah 1. Suis Nyalaan: