Dilindungi
Apabila motosikal diletakkan, tidak bergerak dan suis nyalaan DIMATIKAN, sistem keselamatan melindungi secara automatik dalam tempoh 5 saat. Sama ada fob ada atau tidak, sistem akan dilindungi.
Semasa dilindungi, isyarat membelok berkelip dua kali dan siren (jika dilengkapi dan dalam mod kicau) berkicau dua kali. Semasa dilindungi, penunjuk pada meter laju berkelip setiap beberapa saat.
Dilucutkan
FOB: Sistem keselamatan yang dilindungi akan autamotik dilucutkan apabila fob berada dan suis penghidup akan ditetapkan semula ke PENGHIDUP.
CATATAN
Pergerakan seperti mengangkat motosikal daripada jiffy stand atau keadaan TIADA FOB, akan menyebabkan sistem dengan secara elektronik mencari kewujudan fob itu sendiri. Jika fob wujud, sistem akan dilucutkan. Sila rujuk Operasi → Instrumen.
Apabila sistem melucutkan siren (jika dilengkapi dan dalam mod kicau) kicauan berbunyi sekali dan penunjuk lampu keselamatan akan berkelip laju selama beberapa saat kemudian akan terpadam.
Setelah perlindungan dilucutkan, penunggang boleh menunggang atau menggerakkan motosikal untuk diletakkan, simpanan atau perkhidmatan tanpa menetapkan semula penggera.
Melucutkan perlindungan dengan PIN
Sekiranya fob di salah letak atau fob gagal untuk berkomunikasi, sistem boleh dilucutkan dengan nombor pengenalan peribadi (PIN).
CATATAN
Sekiranya kesilapan dibuat semasa memasukkan nombor PIN, pusing penghidup ke OFF kemudian kembali ke PENGHIDUP sebelum membuat percubaan yang lain.
  1. Sila rujuk Rajah 1. Semasa lampu penunjuk keselamatan berkelip, putarkan suis penghidup ke PENGHIDUP. Tetingkap odometer akan memaparkan MASUK PIN.
  2. Tekan dan lepaskan butang togol odometer. Digit yang pertama akan memberi kelipan.
  3. Masukkan lima digit nombor PIN.
    1. Tekan dan lepaskan butang togol odometer untuk memberi kitaran digit di dalam PIN.
    2. Tekan dan tahan butang togol odometer untuk 1.5 saat untuk memasukkan nombor. Paparan kitaran ke digit seterusnya di dalam PIN.
    3. Ulangi sehinggalah semua lima digit nombor PIN telah dimasukkan.
  4. CATATAN
    • Jika digit kitaran melepasi 9, maka digit akan bermula semula pada 1.
    • Jika mana-mana digit tidak sepadan dengan PIN yang telah diberikan, sistem keselamatan akan diaktifkan.
  5. Kenderaan telah dilucutkan dan bersedia untuk bermula
1Tetingkap odometer
2Butang suis togol
Rajah 1. Memasukkan PIN (Contoh PIN Ditunjukkan)