AMARAN
Lakukan operasi servis dan penyelenggaraan seperti yang ditunjukkan dalam jadual selang masa servis tetap. Kekurangan penyelenggaraan tetap pada selang masa yang disyorkan boleh menjejaskan pengendalian motosikal secara selamat, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00010a)
AMARAN
Jika menunggang di bawah keadaan menunggang yang teruk (cuaca terlampau sejuk, cuaca terlampau panas, persekitaran berhabuk, jalan yang teruk, kawasan bertakung air, dll.), lakukan penyelenggaraan tetap lebih kerap, untuk memastikan pengendalian motosikal yang selamat. Tidak menyelenggara motosikal anda boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00094a)
Servis motosikal anda pada selang masa servis yang tetap. Keadaan jalan raya seperti habuk, hujan atau gaya tunggangan mungkin memerlukan motosikal diservis pada selang masa lebih kerap. Lihat Selang Masa dan Rekod Servis.
Walaupun sebahagian prosedur ini boleh dilakukan dengan alat yang minimum, sentiasa rujuk kepada pengedar Harley-Davidson untuk maklumat terkini. Ingat, pengedar Harley-Davidson anda sentiasa menservis motosikal anda dengan kaedah dan peralatan terkini yang diluluskan oleh kilang.
Rekodkan setiap servis untuk mengekalkan jaminan bagi motosikal baharu. Lihat Selang Masa dan Rekod Servis → Rekod Servis.