AMARAN
Elakkan tumpahan. Buka tukup pengisi bahan api dengan perlahan-lahan. Jangan isi melebihi bahagian dasar sisip leher pengisi, tinggalkan ruang udara untuk pengembangan bahan api. Rapatkan penutup pengisi selepas mengisi semula minyak. Petrol sangat mudah terbakar dan meletup, dan boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00028b)
AMARAN
Berhati-hati apabila mengisi semula minyak. Udara bertekanan dalam tangki bahan api boleh memaksa petrol keluar melalui tiub pengisi. Petrol sangat mudah terbakar dan meletup, dan boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00029a)
Menanggalkan Penutup Tangki Bahan api.
1. Lihat Rajah 1 . Masukkan anak kunci nyalaan ke dalam slot kunci (2).
CATATAN
Penutup terbuka apabila anak kunci dipusing.
2. Pusing anak kunci ikut arah jam.
3. Tanggalkan penutup tangki.
NOTIS
Jangan tumpahkan bahan api pada motosikal ketika mengisi semula minyak. Segera mengelap tumpahan bahan api pada motosikal anda. Bahan api boleh merosakkan permukaan kosmetik. (00147b)
4. Isi bahan api ke dalam tangki. Gunakan bahan api yang disyorkan sahaja. Lihat Sebelum Menunggang → Maklumat Sistem Bahan Api. Jangan terlebih isi tangki bahan api. Masukkan muncung pam ke dalam lubang pengisi. Jangan penuhkan tangki melepasi dasar leher pengisi. Lihat Rajah 2 . Enjin panas, sinar matahari atau suhu melampau boleh menyebabkan bahan api mengembang. Bahan api boleh tumpah daripada tangki dan merosakkan kemasan. Lihat Keselamatan Dahulu → Peraturan Operasi yang Selamat.
Memasang Penutup Tangki Bahan api.
AMARAN
Jangan gunakan penutup bahan api daripada pasaran sampingan. Penutup bahan api daripada pasaran sampingan mungkin tidak sepadan dan bocor, dan boleh menyebabkan kematian atau kecederaan serius. Rujuk kepada pengedar Harley-Davidson untuk penutup bahan api yang diluluskan. (00034a)
CATATAN
Anak panah pada penutup merujuk kepada tab indeks pada penutup. Tab indeks adalah jajar dengan slot pada pembukaan dalam tangki bahan api.
  1. Pastikan kunci terletak sepenuhnya di dalam penutup sebelum memasang semula.
  2. Pasangkan penutup tangki bahan api dengan anak panah jajar (1) mengarah ke hadapan.
  3. Tekan sekeliling penutup untuk memampatkan spring penutup. 2 klik boleh didengari apabila penutup mengunci di tempatnya.
  4. Pusingkan kunci melawan arah jam untuk mengunci penutup dan keluarkan kunci.
1Anak panah penjajaran
2Slot Kunci
Rajah 1. Penutup Pengisi Bahan Api
Rajah 2. Aras bahan api di bawah Leher Pengisi