CATATAN
Untuk mengelakkan calar, berhati-hati semasa membersihkan muka instrumen. Sesetengah model motosikal mungkin mempunyai muka akrilik.
Spidometer
AMARAN
Sentiasa menunggang menurut kelajuan dan keadaan yang sesuai di jalan raya dan jangan sekali-kali melebihi had kelajuan yang dibenarkan. Kelajuan berlebihan boleh menyebabkan kehilangan kawalan kenderaan, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00008a)
Lihat Rajah 1 dan Rajah 2. Spidometer mengukur kelajuan kenderaan dalam batu per jam (A.S.) atau kilometer per jam (antarabangsa).
Instrumen lampu belakang diaktifkan lewat sedikit. Lampu belakang akan berubah apabila pencahayaan ambien bertukar (seperti apabila melalui terowong).
Takometer
NOTIS
Lihat bahagian CADANGAN PENGENDALIAN. Jangan kendalikan enjin melebihi RPM selamat maksimum yang tertunjuk di OPERASI (zon merah di takometer). Kurangkan RPM dengan menganjak naik kepada gear lebih tinggi atau dengan mengurangkan jumlah pendikit. Tidak merendahkan RPM boleh menyebabkan kerosakan peralatan. (00159a)
Lihat Rajah 1 dan Rajah 2. Takometer mengukur kelajuan enjin dalam revolusi per minit (rpm x 100).
Tolok Bahan Api
Tolok bahan api menunjukkan anggaran jumlah bahan api dalam tangki bahan api.
FLRT: Tolok bahan api berada di sebelah kiri tangki bahan api. Lihat Sebelum Menunggang → Mengisi Tangki Bahan Api.
FLHTCUTG: Lihat Rajah 1. Tolok bahan api terletak pada panel instrumen.
Voltmeter: FLHTCUTG
Lihat Rajah 1. Voltmeter mengukur voltan sistem elektrik dan terletak di panel depan reraut. Dengan enjin berjalan melebihi 1500 rpm, voltmeter seharusnya mencatatkan volt 13.0-14.5 dengan bateri dicas penuh.
Maklumat Kenderaan: FLHTCUTG
Maklumat tambahan bagi kenderaan boleh dipaparkan dalam sistem maklumat hibur dengan menekan suis maklumat kenderaan. Lihat Operasi → Suis Kawalan Tangan Kanan.
1Tolok bahan api
2Bahan api rendah
3Spidometer
4Kawalan tarikan
5Penunjuk Keselamatan/Kerosakan
6Tidak digunakan
7Takometer
8Suhu pendingin enjin
9Sensor cahaya (bukan penunjuk)
10Nyahcas bateri
11Voltmeter
12Penunjuk isyarat belok kanan
13Brek parkir
14Ikon ABS (ikon ABS km/j juga ditunjukkan)
15Penunjuk lampu auksiliari/kabus
16Undur
17Lampu tinggi depan
18Kawalan tunggangan
19Periksa enjin
20Neutral
21Penunjuk gear
22Tetingkap odometer
23Tekanan minyak
24Penunjuk isyarat belok kiri
Rajah 1. Lampu Penunjuk: FLHTCUTG
1Spidometer
2Periksa enjin
3Bahan api rendah
4Nyahcas bateri
5Kawalan tunggangan
6Penunjuk Keselamatan/Kerosakan
7Tetingkap odometer
8Penunjuk isyarat belok
9Pancaran lampu tinggi depan
10Neutral
11Tekanan minyak
12Brek parkir
13Undur
14Ikon ABS (ikon ABS km/j uga ditunjukkan)
15Kawalan tarikan
Rajah 2. Lampu Penunjuk: FLRT