Lihat Rajah 1. Kompartmen media Jukebox ialah kurungan dalam pemuka yang boleh digunakan untuk menyambung peranti media atau menyimpan item kecil. Pemain media dan peranti storan USB dengan fail media boleh disambungkan ke pangkalan USB. Pengemaskinian sistem radio juga dilakukan melalui peranti storan USB.
Pangkalan USB mengecasj peranti yang disambungkan semasa motosikal dihidupkan pada atau semasa berada dalam mod aksesori. Lihat MANUAL PEMILIK BOOM! BOX untuk memasang kemas kini atau memainkan fail.
Terbuka: Lihat Rajah 1. Tolak bahagian bawah pintu dan lepaskan.
Tutup: Tolak pintu dengan kukuh untuk menutupnya sehingga selak terkunci.
Pasang peranti USB atau media: Sambungkan peranti ke pangkalan USB. Rehatkan peranti dalam endul berlapik. Tutup pintu kompartmen.
Set semula selak pintu: Jika pintu kompartmen dibuka secara paksa atau tidak diselak dengan betul, selak pintu mungkin perlu diset semula. Tolak pintu sehingga tertutup. Buka pintu. Tutup pintu sekali lagi untuk menggunakan mekanisma selak.
Pastikan pintu ditutup semasa menunggang untuk mengelakkan barangan daripada terjatuh keluar. Keluarkan barangan berharga daripada bahagian media sebelum meninggalkan kenderaan tanpa dijaga.
Endul (cradle) boleh ditanggalkan untuk membersihkan dalam bahagian media. Pasang endul sebelum menunggang untuk menghalang peranti media daripada bergerak dalam kompartmen tersebut dan untuk meminimumkan getaran.
CATATAN
Jangangunakan pemain media dengan cakera keras. Getaran mungkin menyebabkan kerosakan dalaman kepada peranti.
1Relung pintu
2Port USB
3Endul
Rajah 1. Bahagian Media