ABS Berangkai Refleks adalah lebih responsif berbanding ABS konvensional, dan membolehkan penggunaan brek depan dan belakang yang lebih seimbang dalam pelbagai cara penggunaan brek.
Pada kelajuan melebihi 32–40 km/h (20–25 mph), sistem ini akan menyesuaikan pautan menurut tekanan brek yang digunakan serta kelajuan kenderaan untuk mengimbangkan brek secara optimum. Sistem ini menambahkan pautan apabila penunggang memberatkan tekanan brek dan mengurangkan atau menanggalkan pautan semasa pembrekan ringan dan kelajuan rendah.
CATATAN
Apabila menekan kedua-dua brek, penunggang mungkin merasai sedikit pergerakan di tuil brek depan atau pedal brek belakang semasa brek diimbangkan.
Apabila berpaut, menekan tuil brek depan sahaja akan menggerakkan sistem untuk menekan brek belakang juga. Penggunaan pedal brek belakang sahaja menyebabkan sistem ini juga menggunakan jumlah brek ke angkup depan kiri. Apabila menggunakan kedua-dua brek, secara dinamik sistem cuba mengimbangkan brek pada kedua-dua roda depan dan belakang.
Pada kelajuan kurang daripada 32–40 km/h (20–25 mph), brek tidak akan terpaut supaya kebolehkendalian kelajuan rendah tidak terjejas, seperti ketika menunggang motosikal di tempat parkir.