AMARAN
Ciri hidup automatik pada lampu depan menambahkan kebolehlihatan penunggang kepada pemandu lain. Pastikan lampu depan dihidupkan pada setiap masa. Kekurangan kebolehlihatan penunggang kepada pemandu lain boleh menyebabkan kematian atau kecederaan serius. (00030b)
Lihat bahagian MANUAL PEMILIK ANDA. Rekodkan semua nombor kunci anda dalam ruang yang disediakan di bahagian depan buku ini.
Lihat Rajah 1. Suis nyalaan mengawal fungsi elektrik bagi motosikal.
AMARAN
Jangan kendalikan kenderaan dengan cabang yang berkunci. Mengunci cabang menghadkan keupayaan membelok kenderaan, dan boleh menyebabkan kematian atau kecederaan serius. (00035a)
NOTIS
Lindungi motosikal anda daripada kecurian. Tidak mengunci motosikal selepas memarkir boleh mengakibatkan kecurian dan/atau kerosakan peralatan. (00151b)
NOTIS
Jangan lincirkan kunci barel dengan pelincir berasaskan petroleum atau grafit. Penguncian mungkin tidak boleh berfungsi. (00152a)
NOTIS
Putarkan tombol Suis Nyalaan/Kunci Lampu ke posisi MENGUNCI CABANG (FLHTP) atau MATI (FLHP) sebelum mengunci. Meninggalkan kunci di posisi ACC akan membiarkan lampu instrumen hidup dan menyebabkan bateri dinyahcas. (00153b)
NOTIS
Berhati-hati jika menukar pelincir kerana sesetengah pelincir berinteraksi secara kimia apabila bercampur. Penggunaan pelincir bermutu rendah boleh merosakkan enjin. (00184a)
  1. FLHP: Tolak kunci masuk dan pusingkan mengikut arah lawan jam.
  2. FLHTP: Tolak kunci masuk dan pusingkan mengikut arah jam.
  3. Keluarkan kunci.
CATATAN
Jadual 1. Posisi Suis Nyalaan
MODEL
FUNGSI
LABEL
OPERASI
FLHTP
Mangga kunci
MENGUNCI
Mengunci suis dalam posisi MENGUNCI CABANG atau AKSESORI Keluarkan kunci untuk tujuan keselamatan.
NYAHKUNCI
Membuka suis. Apabila dinyahkunci, suis ini boleh diputarkan ke mana- mana 4 posisi. Untuk mengelakkan kehilangan ketika menunggang, keluarkan kunci.
Suis
MENGUNCI CABANG
Pusingkan kepala stereng ke posisi kiri penuh. Putarkan suis ke posisi MENGUNCI CABANG. Masukkan anak kunci, tekan suis ke bawah dan pusingkan kunci ke posisi MENGUNCI untuk mengunci cabang. Untuk membuka cabang, masukkan kunci dan pusing ke posisi NYAHKUNCI dan suis akan muncul.
DIMATIKAN
Apabila suis berada di posisi MATI, nyalaan, lampu dan aksesori akan dimatikan.
NYALAAN
Apabila suis berada di posisi NYALAAN, motosikal boleh dihidupkan dan semua lampu dan aksesori akan beroperasi.
AKSESORI
Apabila suis berada di posisi AKSESORI, semua lampu dan aksesori beroperasi tetapi enjin tidak boleh dihidupkan. Suis boleh dikunci dalam posisi AKSESORI.
FLHP
Mangga kunci
Suis dikunci atau dibuka dengan mengangkat penutup suis, memasukkan kunci dan memusingkan kunci mengikut arah lawan jam untuk mengunci, mengikut arah jam untuk membuka. Anak kunci boleh dikeluarkan dalam apa jua posisi.
Suis
DIMATIKAN
Nyalaan, lampu dan aksesori dimatikan.
AKSESORI
Aksesori dihidupkan. Pengelip amaran kecemasan boleh dibiarkan menyala. Lampu instrumen dihidupkan. Lampu brek dan hon boleh diaktifkan.
NYALAAN
Nyalaan, lampu dan aksesori dihidupkan.
1Suis pencucuhan: FLHP
2Suis pencucuhan: FLHTP
3Kunci
4Buka kunci
5Pencucuhan (IGN)
6Mati
7Aksesori (ACC/ACCY)
8Kunci garpu
Rajah 1. Suis pencucuhan (dalam kedudukan MATI)