NOTIS
Lindungi motosikal anda daripada kecurian. Tidak mengunci motosikal selepas memarkir boleh mengakibatkan kecurian dan/atau kerosakan peralatan. (00151b)
CATATAN
Jangan paksa suis masuk ke posisi berkunci untuk mengelak kerosakan pada suis.
Segera mengunci cabang selepas memarkir motosikal untuk mengelak penggunaan tanpa kebenaran atau kecurian.
AMARAN
Jangan kendalikan kenderaan dengan cabang yang berkunci. Mengunci cabang menghadkan keupayaan membelok kenderaan, dan boleh menyebabkan kematian atau kecederaan serius. (00035a)
Model FLHP
Lihat Rajah 1. FLHP mempunyai kunci cabang di bahagian atas kepala stereng, di sebalik nasel lampu depan dan inset dalam penutup pengapit hendal.
  1. Pusingkan cabang ke posisi kiri penuh.
  2. Masukkan anak kunci ke dalam kunci cabang dan pusingkan mengikut arah lawan jam untuk mengunci.
  3. Keluarkan kunci.
  4. Untuk membuka cabang, masukkan anak kunci dan pusing mengikut arah jam ke posisi NYAHKUNCI. Tanggalkan kunci.
  5. Periksa stereng untuk beroperasi dengan betul dengan memusingkan bar hendal melalui julat operasi penuh. Hendal seharusnya boleh berpusing lancar tanpa terikat.
Model FLHTP
Lihat Rajah 2. Bagi model FLHTP, kunci cabang disepadukan ke dalam suis nyalaan. Untuk butiran kunci cabang, rujuk kepada Operasi → Suis Nyalaan → Posisi Suis Nyalaan.
  1. Pusingkan cabang ke posisi kiri penuh.
  2. Masukkan kunci dan pusingkan tombol suis untuk mengunci. Tolak tombol ke bawah.
  3. Pusingkan kunci untuk mengunci.
  4. Keluarkan kunci.
  5. Untuk membuka cabang, masukkan anak kunci dan pusingkan ke posisi NYAHKUNCI. Tanggalkan kunci. Putarkan tombol suis keluar daripada posisi MENGUNCI CABANG.
  6. Periksa stereng untuk beroperasi dengan betul dengan memusingkan bar hendal melalui julat operasi penuh. Bar hendal harus berpusing dengan lancar tanpa terikat.
1Kunci garpu
2Bicu input mikrofon
Rajah 1. Kunci Garpu: FLHP
Rajah 2. Kunci Garpu: FLHTP