Maklumat Am
AMARAN
Padankan tayar, tiub, strap rim atau pengedap, injap udara dan penutup pada roda yang betul. Hubungi pengedar Harley-Davidson. Ketakpadanan boleh membawa kepada kerosakan tayar, gelinciran tayar pada roda atau kegagalan tayar, dan menyebakan kematian atau kecederaan serius. (00023c)
AMARAN
Harley-Davidson mengesyorkan penggunaan tayar yang ditetapkan. Kenderaan Harley-Davidson tidak direka untuk beroperasi dengan tayar yang tidak ditetapkan, termasuk tayar salji, moped dan tayar kegunaan khas lain. Penggunaan tayar yang tidak ditetapkan boleh menjejaskan kestabilan, pengendalian atau pembrekan dengan teruk, menyebabkan kehilangan kawalan, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00024d)
AMARAN
Tayar depan dan belakang Harley-Davidson adalah tidak sama. Saling menukar tayar depan dan tayar belakang boleh menyebabkan kegagalan tayar, dan mengakibatkan kematian atau kecederaan serius. (00026a)
Untuk Tayar Sejuk dengan Suhu Ambien 20 °C (68 °F) atau kurang: Rujuk kepada Spesifikasi → Spesifikasi → Tayar dan Tekanan tayar untuk maklumat tayar dan tekanan.
Bagi Tayar Sejuk dengan Suhu Ambien melebihi 20 °C (68 °F): Rujuk kepada Jadual 1 untuk menentukan tekanan yang dibetulkan.
Bagi Tayar Panas dengan Suhu Ambien melebihi 20 °C (68 °F): Rujuk kepada Jadual 2 untuk menentukan tekanan yang dibetulkan.
Harley-Davidson tidak melakukan sebarang ujian dengan hanya nitrogen di dalam tayar. Harley-Davidson tidak mencadangkan mahupun menghalang penggunaan nitrogen tulen untuk mengembungkan tayar.
Pernyataan Pematuhan Tayar India: Syarikat Motor Harley-Davidson mengisytiharkan bahawa tayar yang disenaraikan dalam bahagian spesifikasi (India sahaja) memenuhi Standard India 15627 bagi Biro Standard India (menurut pindaan dari masa ke masa) yang diperlukan untuk pendaftaran kenderaan yang dipasang/dibuat di India. Tayar ini turut mematuhi Peraturan Kenderaan Motor Berpusat, 1989.
Jadual 1. Pelarasan Tekanan Tayar - Tayar Sejuk
Perubahan tekanan (psi) yang dikehendaki
Suhu Udara Ambien °F
Jadual 2. Pelarasan Tekanan Tayar - Tayar Panas
Perubahan tekanan (psi) yang dikehendaki
Suhu Udara Ambien °F
Pemeriksaan Tayar
Tayar Harley-Davidson dilengkapi bar haus yang berjalan secara melintang merentasi bunga tayar.
Tayar dianggap haus apabila bar haus kelihatan atau jika hanya 0,8 mm (0,031 in) kedalaman bunga tayar yang tinggal. Tayar yang haus boleh:
Sila rujuk Rajah 3 atau Rajah 4. Sentiasa gantikan tayar sebelum bar haus bunga tayar kelihatan.
1Penunjuk
2Bar haus bunga tayar
Rajah 3. Penunjuk Haus Bunga Tayar: Tayar Michelin
1Penunjuk
2Bar haus bunga tayar
Rajah 4. Penunjuk Kehausan Bunga Tayar Tayar MRF
Menggantikan Tayar
AMARAN
Tayar adalah komponen keselamatan yang kritikal. Hubungi pengedar Harley-Davidson untuk pembaikan atau penggantian tayar. Servis tayar tidak betul boleh menjejaskan kestabilan dan pengendalian dengan teruk, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00057a)
AMARAN
Gantikan tayar yang pancit atau rosak. Dalam sesetengah kes, kebocoran kecil di kawasan bunga tayar boleh dibaiki dari dalam tayar oleh pengedar Harley-Davidson. Kelajuan TIDAK seharusnya melebihi 80 km/h (50 mph) bagi 24 jam pertama selepas pembaikan, dan tayar yang dibaiki TIDAK BOLEH digunakan melebihi 129 km/h (80 mph) . Tidak mematuhi amaran ini boleh membawa kepada kegagalan tayar dan boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00015b)
AMARAN
Segera gantikan tayar dengan tayar Harley-Davidson yang ditetapkan apabila bar haus kelihatan atau hanya 1 mm (1/32 in) kedalaman bunga tayar yang masih tinggal. Menunggang dengan tayar yang haus boleh menyebabkan kematian atau kecederaan serius. (00090c)
Tayarbaharu diperlukan jika terdapat sebarang keadaan berikut (rujuk kepada Spesifikasi → Spesifikasi → Tayar dan Tekanan tayar untuk tayar gantian yang ditetapkan):
Apabila memasang tayar pada rim, jangan bergantung pada reka bentuk tayar bunga untuk menentukan arah putaran. Sentiasa pastikan anak panah putaran pada dinding tepi menunjuk ke arah putaran apabila kenderaan bergerak ke depan.