AMARAN
Jangan gunakan sistem kawalan tunggangan semasa kesesakan lalu lintas, di lengkungan tajam atau titik buta, atau apa jua bentuk jalan yang licin. Menggunakan kawalan tunggangan dalam keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan kawalan, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00083a)
AMARAN
Sentiasa menunggang menurut kelajuan dan keadaan yang sesuai di jalan raya dan jangan sekali-kali melebihi had kelajuan yang dibenarkan. Kelajuan berlebihan boleh menyebabkan kehilangan kawalan kenderaan, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00008a)
Menghidupkan Kawalan Tunggangan
CATATAN
Kawalan tunggangan beroperasi apabila:
  • Sekurang-kurangnya 10 saat telah berlalu semenjak pendorongan didayakan.
  • Kelajuan kenderaan adalah antara 40–145 km/h (25–90 mph) .
Lihat Rajah 1 . Tekan suis KAWALAN untuk menghidupkan kawalan tunggangan (1). Apabila dihidupkan, penunjuk kawalan pada Modul Instrumen (IM) akan dipaparkan dalam warna hijau tanpa kelajuan.
Menetapkan Kelajuan Tunggangan
Lihat Rajah 1 . Apabila motosikal mencapai kelajuan yang diingini, tekan suis SET/- ke bawah untuk menetapkan kelajuan tunggangan (2). Penunjuk kawalan kini menunjukkan kelajuan yang disetkan di sebelahnya dalam warna hijau.
Jika perlu, laraskan kelajuan tunggangan agar sepadan dengan had laju atau keadaan lalu lintas:
Menaikkan/Menurunkan Kelajuan Tunggangan
Mengetik suis RES/+ ke atas akan menaikkan kelajuan sebanyak 1,6 km/h (1 mph). Memegang suis RES/+ ke atas akan menaikan kelajuan tunggangan secara beransur-ansur.
Mengetik suis SET/+ ke bawah akan menurunkan kelajuan sebanyak 1,6 km/h (1 mph). Memegang suis ke bawah akan menurunkan kelajuan tunggangan secara beransur-ansur.
Melepaskan Kawalan Tunggangan
Lihat Rajah 1 . Untuk keluar daripada kelajuan tunggangan, putar tutup pendikit menggunakan suis pemutar (3). Penunjuk kawalan dan kelajuan yang disetkan akan bertukar menjadi warna merah.
Kawalan tunggangan turut terhenti apabila penunggang:
Menyambung semula Kawalan Tunggangan
CATATAN
Jika kelajuan semasa berada lebih daripada24 km/h (15 mph) di bawah kelajuan tunggangan, kawalan tunggangan tidak akan sambung semula.
Lihat Rajah 1 . Jika kawalan dilepaskan tetapi ikon kawalan masih kelihatan, menekan suis RES/+ ke atas akan meneruskan kawalan (4). Motosikal akan meneruskan kawalan secara automatik pada kelajuan yang disetkan dan penunjuk serta kelajuan yang disetkan akan bertukar kembali kepada warna hijau.
Mematikan Kawalan Tunggangan
Tekan suis KAWALAN untuk mematikan kawalan tunggangan. Ikon kawalan dan kelajuan yang disetkan akan hilang.
1Kawalan kelajuan hidup/mati
2Tetapkan kelajuan (SET /-)
3Lepaskan kawalan kelajuan
4Sambung semula kelajuan (RES / +)
Rajah 1. Kawalan Kelajuan