Sistem Pengurusan Suhu Melahu Enjin (EITMS) menyediakan penyejukan terhad bagi silinder belakang untuk penunggang yang sering berada dalam keadaan melahu yang berlanjutan atau kesesakan lalu lintas. Penunggang boleh mendayakan atau menyahdayakan EITMS menurut kesesuaian gaya tunggangan mereka.
Operasi
Jika EITMS diaktifkan, melepaskan tuil cekam ke zon masuk cekam akan menyahaktifkan EITMS dan silinder belakang akan mula membakar. Semasa kenderaan berhenti, penunggang boleh memutarkan pendikit/menambah sedikit kelajuan enjin sejurus sebelum menyambung menunggang. Ini akan menyahaktifkan EITMS dan segera membakar silinder belakang tanpa mengambil kira apa jua posisi tuil cekam.
Kelajuan melahu bagi enjin Milwaukee Eight tahun 2017 dan selepasnya adalah 850 RPM. Kelajuan melahu mungkin berbeza menurut faktor lain termasuk beban elektrik pada kenderaan. Apabila EITMS diaktifkan pada enjin, kelajuan melahu meningkat kepada 950-1000 RPM sehingga EITMS dinyahaktifkan.
Pengaktifan
CATATAN
EITMS tidak akan beroperasi dalam masa 30 saat pertama selepas enjin dihidupkan.
EITMS akan mematikan penyuntik bahan api silinder belakang apabila semua parameter praset berikut dipenuhi:
Posisi pendikit melahu
Kelajuan motosikal berada di bawah 1.2 bsj (2 km/j)
Kelajuan enjin berada di bawah 1200 RPM
Bacaan input sensor bagi Suhu Enjin (ET) melebihi tahap praset
Bacaan sensor bagi Suhu Udara Ambien (AAT) melebihi tahap praset (model dilengkapi radio sahaja)
Penyahaktifan
EITMS akan menyahaktif dan penyuntik bahan api silinder belakang akan menyambung semula operasi jika berlakunya salah satu keadaan berikut:
Bacaan sensor bagi Suhu Udara Ambien (AAT) jauh di bawah tahap praset (model dilengkapi radio sahaja)
Bacaan sensor bagi Suhu Enjin (ET) jatuh di bawah tahap praset
Posisi pendikit melebihi titik melahu (penunggang memutar pendikit)
Kelajuan motosikal melebihi 1.9 bsj (3 km/j)
Kelajuan enjin melebihi 1350 RPM
Cekam dilepaskan dengan motosikal berada dalam gear
Mendayakan / Menyahdayakan EITMS
CATATAN
EITMS boleh didayakan atau dinyahdayakan dalam keadaan enjin sedang berjalan atau mati.
Bagi kenderaan yang dilengkapi radio, pengaktifan EITMS dan status didayakan / dinyahdayakan boleh dilihat pada Skrin Maklumat.
Didayakan: Ciri penyejukan enjin EITMS diaktifkan secara automatik apabila kenderaan berhenti sepenuhnya dan melahu dalam keadaan suhu yang tinggi. Apabila didayakan,ciri ini mungkin tidak boleh diaktifkan dalam keadaan menunggang yang sejuk.
Dinyahdayakan: Ciri EITMS tidak aktif dalam apa jua keadaan.
EITMS boleh didayakan atau dinyahdayakan melalui prosedur berikut.
Pusingkan suis nyalaan ke posisi HIDUP. Tolak suis MATI/HIDUP enjin pada hendal kanan ke posisi HIDUP.