AMARAN
Objek sebenar adalah lebih dekat daripada apa yang dilihat dalam cermin. Berhati-hati apabila menilai jarak objek dalam cermin. Kegagalan menilai jarak yang betul boleh menyebabkan kematian atau kecederaan serius. (00033a)
Motosikal anda mempunyai dua cermin pandang belakang cembung.
Cermin jenis ini direka untuk memberi pandangan yang lebih luas ke belakang berbanding cermin rata. Walau bagaimanapun, kereta dan objek lain yang dilihat dalam cermin jenis ini kelihatan lebih kecil dan lebih jauh daripada objek sebenarnya.
Berhati-hati apabila menilai saiz dan jarak relatif objek-objek yang dilihat dalam cermin pandang belakang.
Sentiasa laraskan cermin pandang belakang untuk memantulkan kawasan di belakang motosikal sebelum menunggang.
CATATAN
Selaraskan cermin supaya anda boleh melihat sebahagian kecil bahu anda dalam setiap cermin. Ini akan membantu anda menetapkan jarak relatif bagi kenderaan di belakang motosikal anda.