AMARAN
Lihat bahagian AKSESORI DAN KARGO dalam bahagian UTAMAKAN KESELAMATAN dalam manual pemilik anda. Pemuatan atau pemasangan aksesori tidak betul boleh menyebabkan kegagalan komponen dan menjejaskan kestabilan, pengendalian serta prestasi dengan teruk, dan mengakibatkan kematian atau kecederaan serius. (00021c)
AMARAN
Jangan melebihi Kadar Berat Kenderaan Kasar motosikal (GVWR) atau Kadar Berat Gandar Kasar (GAWR). Melebihi kadar berat ini boleh menyebabkan kegagalan komponen dan menjejaskan kestabilan, pengendalian serta prestasi dengan teruk, dan boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00016f)
GVWR ialah jumlah berat motosikal, aksesori, penunggang, pembonceng dan kargo yang boleh dibawa dengan selamat.
GAWR adalah jumlah berat maksimum yang boleh dibawa dengan selamat pada setiap gandar.
Lihat label maklumat pada kepala stereng rangka atau downtube rangka untuk GVWR dan GAWR.
AMARAN
Muatan atau pemasangan aksesori yang tidak betul boleh menjejaskan kestabilan dan pengendalian motosikal, dan membawa maut atau kecederaan serius. (00095a)
Pastikan berat kargo tertumpu berhampiran dengan motosikal dan serendah mungkin untuk meminimumkan perubahan dalam pusat graviti motosikal. Agihkan berat sama rata pada kedua-dua belah kenderaan. Jangan muatkan barangan besar terlalu jauh di belakang penunggang atau menambah berat kepada hendal atau cabang depan. Jangan melebihi beban maksimuma pada label dalam bagasi.
Periksa bahawa kargo terletak dengan rapi. Kargo tidak boleh berganjak semasa menunggang. Periksa semula beban secara berkala.
Tutup dan kunci bagasi sebelum menunggang atau meninggalkan kenderaan tanpa jagaan.