Pemilik bertanggungjawab untuk menjaga, membersihkan dan melindungi permukaan kenderaan.
Bersihkan dan lindungi permukaan kosmetik motosikal anda sekerap mungkin untuk mengelakkan karat dan kakisan.
Sesetengah kemasan bercat dan permukaan lain boleh tercalar jika batu kelikir, tanah atau kotoran digosokkan sekali pada permukaan semasa membasuh. Gunakan tuala bersih dan elak daripada menggosokkan enapan pada kemasan berkilat.
Jangan gunakan tuala kertas, kain lampin atau bahan lain yang mengandungi gentian nilon yang boleh mencalarkan permukaan.
Untuk membaiki permukaan bercalar, rujuk kepada pengedar Harley-Davidson.
AMARAN
Lihat amaran pada label bahan pembersih. Tidak mematuhi amaran boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00076a)
AMARAN
Jangan cuci cakera brek dengan pembersih yang mengandungi klorin atau silikon. Pembersih yang mengandungi klorin dan silikon boleh menjejaskan fungsi brek, dan boleh membawa maut atau kecederaan serius. (00077a)
NOTIS
Jangan gunakan pencuci tekanan untuk membersihkan motosikal. Penggunaan pencuci tekanan boleh menyebabkan kerosakan peralatan. (00489c)
NOTIS
Penggunaan produk pelelas atau peralatan penggilap berkuasa akan menyebabkan kerosakan kosmetik yang kekal pada panel badan. Hanya gunakan produk yang disyorkan dan teknik dalam manual ini untuk mengelakkan kerosakan panel badan. (00245b)
Membersihkan Roda dan Tayar
CATATAN
Kakisan pada roda tidak dianggap sebagai kecacatan pada bahan atau mutu kerja.
Roda boleh terhakis atau mengalami kerosakan kosmetik jika ia tidak dibersihkan, digilap dan dijaga dengan baik.
Harley-Davidson mengesyorkan penjagaan roda setiap minggu.
Pastikan roda adalah bersih daripada bahan kimia kasar, pencuci roda berasaskan asid, garam dan habuk brek.